Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 November 2011

Jais keluar waran tangkap ke atas Bob Lokman

Bob Lokman (tengah) ketika menghadiri majlis Perhimpunan Pemuda 30K PAS di Alor Setar pada 19 Februari lalu

SHAH ALAM, 1 Nov ― Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu Jumaat lalu.

“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya dipetik Bernama Online.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider 13 Oktober lalu, Bob Lokman menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jais.

Bob Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.TMI

Gambar : Melampau !!! Rosmah masih dedah aurat ketika naiki pesawat ke Mekah

NAJIB dan Rosmah melambai ke arah orang ramai sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji
Najib dan Rosmah mengaminkan doa sebelum berlepas menunaikan ibadah haji

Ramai pihak yang terkejut dan mempersoalkan tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) yang "tidak menutup aurat" biar pun ketika mahu menaiki pesawat untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.

Gambar tersebut telah disiarkan di laman web rasmi UMNO yang dipercayai dirakamkan ketika Rosmah dan Datuk Seri Najib Razaksedang melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.00 petang tadi.

Turut mengiringi mereka berdua ialah bonda Najib iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan adik bongsunya Datuk Mohamed Nazimtermasuk juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir semasa mereka berlepas dari Komplek Bunga Raya, KLIA itu tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta lain-lain menteri kabinet kerajaan Najib./Pahang daily Online

PRU 13 : Perebutan jadi calon Umno/BN makin tegang

“Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat.”

Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.

Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.

“Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah.

“Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya.

“Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

“Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon,” kata beliau.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja.

Mengaib, jatuhkan saingan

“Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis.

“Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu.

“Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu,” ujar beliau lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.

“Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.

“Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.

“Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak.

“Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja.

“Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya.

“Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti,” ujar beliau melahirkan rasa kecewanya.

Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit.FMT

Umno Dialu Alukan Berceramah Bersebelahan Program Pas

BUKIT KATIL, 1 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mengalu-alukan keputusan Umno ingin mengadakan ceramah di sebelah program Makan Malam Sempena Ulang Tahun PAS ke-60 malam ini.

Adly berkata, PAS negeri sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa kesan dari keputusan Umno mengadakan program ceramah bersebelahan itu.

"Kami sudah maklumkan pada polis kesan provokasi Umno ini. Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menganjurkan program dan ceramah," kata Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau menjemput seluruh rakyat negeri Melaka hadir pada kedua-dua program tersebut dan mereka boleh menilai siapa yang matang dan tidak matang di samping boleh memikirkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh pemimpin PAS dan penceramah Umno.

"Datuk Ali boleh nilai malam ini, nak tanding di Dun Bukit Baru atau pindah ke Parlimen Tangga Batu," tambah Adly.

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini yang diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.

Dua orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....