Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 23 Januari 2011

PRK Tenang : Umno bingung hadapi isu negara Islam

LABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

Chua Soi Lek hina Queen Elizabeth dan PM India?

Queen Elizabeth bersalam dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Serangan peribadi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon PAS, Normala Sudirman kononnya 'kalau dia bersalam pun dengan memakai sarung tangan' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Bahkan ia dianggap merendah-rendahkan pengetahuan dan budaya orang Cina sendiri seolah-olah mereka bodoh untuk menerima pandangan bekas menteri kesihatan itu.

Ini kerana bersalam dengan memakai sarung tangan bukannya merendahkan martabat mana-mana pihak dan tidak ada kesalahanpun dari segi moralnya.

Bagi kebanyakan pihak, kenyataan Chua ini sesuatu yang sangat naif dan menyerang pribadi pihak lain ketika moral beliau sendiri sangat dipertikaikan sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini.

"Baginda Queen Elizabeth, Ratu England juga memakai sarung tangan ketika bersalam dengan mana-mana pihak hatta pemimpin negara lain.

"Adakah Chua Soi Lek mahu berkata, Queen Elizabeth mahu menghina Perdana Menteri India, Manmohan Singh ketika bersalam dengan beliau dalam keadaan memakai sarung tangan," kata seorang pemerhati politik.

PAS tidak bimbang jika BN guna isu negara Islam

Salahuddin Ayub ketika ditemu bual pada hari kedua kempen pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 23 Jan — PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini.
Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut kepada pengundi bukan Melayu di kawasan itu.
“Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP.
“Jadi kita tak perlu risau... kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini.
Ini bukan kali pertama BN menggunakan isu negara Islam ketika berhadapan dengan saingan pilihan raya kecil.
BN melalui parti komponennya, MCA berkata akan membawa isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu.
Ini sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan defensif.
Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menimbulkan isu tidak bersalam terhadap calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman sebelum ini.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

Video : Ceramah DS Anwar Di Dun Tenang,Cabar Najib Debat Soal Peribadi




Datuk Seri Anwar Ibrahim turun membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat di Tenang malam tadi dengan mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan.

Dua minggu lalu Anwar mencabar Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat termasuk mengenai Buku Jingga.

“Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.

“Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.

“Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,” kata Anwar ketika memberikan ceramah di Taman Gunung Emas di sini malam tadi.

Ketika berada di sini awal minggu lalu, Najib berkata Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi semalam dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis Normala Sudirman, 38.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Najib berdebat soal ekonomi mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, namun ditolak pengerusi BN itu.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Selasa lalu, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan menulis surat secara formal.

Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar mempertahankan Program 100 Hari Pakatan Rakyat sambil menyifatkan gabungan tiga parti komponen termasuk PAS dan DAP mampu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ini program (100 Hari Pakatan Rakyat) kita buat bukan untuk lima tahun, tapi 100 hari kalau kita perintah (Putrajaya) kita akan laksanakan.

“Perdana Menteri kata kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia akan bankrap, saya tak cabar beliau debat tapi beliau kata kita tidak bertanggungjawab.

“Kalau kita perintah ini yang akan kita lakukan, mana negara akan bankrap... negara bankrap kerana pemimpin curi duit rakyat dan rasuah,” katanya.

Tambah Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya barisan kepimpinan parti itu akan memastikan pentadbiran negara akan berjalan dengan baik tanpa amalan-amalan yang tidak baik.

“Jadi pemimpin bagi wang kepada kroni, bila tanya kata jaga rakyat... sebab itu saya ajak Perdana Menteri berdebat tapi beliau mengelak.

“Saya tahu beliau tidak boleh jawab... maknanya kalau kita memerintah kita tidak akan bertolak ansur, kita akan hukum siapa yang terlibat baik orang Melayu, Cina atau India.

“Sebab itu kita yakin kalau boleh perintah kita akan bersihkan dan kembalikan wang rakyat,” katanya.TMI

Tidak Konsisten : Pas Bidas Pendirian Najib


LABIS 23 JAN : Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir lapor portal Harakah Daily.

Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.

"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.

"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.

"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.

Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.

Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.

Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).

Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.

Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.TVS

PRK Tenang : Biadab !!! MB Johor Hina Hukum Islam

Bukti !!! Print Screen kenyataan Ghani dalam portal berbahasa Inggeris Malaysia Chronicle

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman(gambar kiri) memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].

Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,
“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”
Terjemahan:
"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....