Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Mac 2013

Lahad Datu : Tentera Darat hantar dua helikopter perkukuh Operasi Daulat

 Dua buah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat Agusta 109 LOH tiba di Felda Residence pada hari kesepuluh Op Daulat hari ini. Foto Bernama

LAHAD DATU - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - Bernama

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Kunjungi Keluarga Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu


KOTA BHARU:Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat di sini, hari ini menasihatkan keluarga arwah Koperal Ahmad Hurairah supaya bersabar dengan ujian ALLAH dengan pemergian anak yang disayangi.

Itulah kata-kata semangat daripada Nik Aziz kepada keluarga arwah wira negara yang terkorban di medan perang ketika lawatan beliau di Pasir Mas.

Sempena lawatan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah.

Dalam kunjungan itu juga Nik Aziz turut menyerahkan sumbangan wang bagi mewakili peserta Ladang Rakyat kepada bapa arwah, Ismail Husin, 55 yang juga merupakan peserta yang layak untuk terima sumbangan Ladang Rakyat.Sumber ~ FB

Hasutan : Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang didakwa hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan pertempuran bersenjata di pantai timur Sabah.

Beliau yang dikenali sebagai Tian Chua minta dibicarakan diatas pertuduhan tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini: “Ini adalah dakwaan bermotif politik. Saya akan lawan fitnah ini untuk membersihkan nama saya.”

Peguamnya, N Surendran, memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat beliau akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Chua, mendakwa ini adalah pencabulan proses dan bermotifkan politik.

Timbalan Pendakwaraya Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah Chua dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) dalam akta sama.

Pertuduhan dibacakan kepada Chua oleh mahkamah yang berbunyi: “Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11:00 pagi di alamat No: 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuat kenyataan bahawa,

(a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

(b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

(c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

(d) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

Video dan gambar Pengganas Sulu Jeneral Musa Tersebar

Video dan gambar yang didakwa Jeneral Musa yang tersebar luas di Facebook dan Youtube  :




Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.

Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan ~ Sumber FB

Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....