Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 13 April 2010

APCO Dibayar Hampir RM80 Juta, Bukan RM28 Juta

KUALA LUMPUR 13 APR: Angka sebenar yang dibayar kerajaan Umno Barisan Nasional untuk perkhidmatan Apco Worldwide bukan RM28 juta seperti sangkaan ramai selama ini, sebaliknya jumlah hampir RM80 juta, dedah Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan angka yang disebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai jumlah bayaran kepada firma yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu, diputar belit.
Beliau mengulas demikian dengan merujuk laporan MalaysianInsider yang mewawancara Nazri berhubung jumlah bayaran kepada APCO dengan menyatakan angka ini: RM28 juta.

Namun, jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri kepada Tian Chua pula amat berbeza.
Dalam jawapan bertulis itu, jumlah bayaran kerajaan Umno BN kepada APCO ialah USD 24juta bersamaan RM80 juta dalam nilai ringgit malaysia, sekali gus berbeza dengan angka yang diberi Nazri iaitu RM28 juta.

Bekas pelajar UiTM mengaku salah buang bayi

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU, 13 April — Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi, lebih dua tahun lepas.
Tertuduh Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.
Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.

Ahli Parlimen BN diberi amaran keras

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional (BN) supaya tidak lagi mengganggu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran daripada DAP.

Katanya, beliau sudah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lalu.
Khamis lalu, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Ahli Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.
Namun, Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi tadi, Pandikar Amin berkata, bahawa ketika pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Ahli Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.

Zaid Ibrahim calon Pakatan, disah malam ini

KUALA LUMPUR, 13 April — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dipilih untuk membawa cabaran Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas Biro Politik PKR di sini, pagi ini.
Pemilihan Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman, akan diumumkan secara rasmi pada majlis pengenalan calon PR oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Serendah malam ini.
“Keputusan akhir untuk memilih Zaid dibuat pagi ini, sekitar 11 pagi,” kata sumber parti kepada The Malaysian Insider.
Nama Zaid juga telah lama disebut akan dipilih mewakili PKR-Pakatan untuk bertanding di Hulu Selangor, bahagian Parlimen separa bandar dengan mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.
Penamaan calon pilihan raya kecil ini diadakan Sabtu ini manakala pengundian pula 25 April.
Keputusan menurunkan Zaid menunjukkan beliau akan bertanding buat kali kedua kerusi Parlimen.
Pada 2004 beliau bertanding di Kota Baru, Kelantan atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak bertanding empat tahun kemudian tetapi dilantik menyertai Kabinet atas kapasiti sebagai senator.

SPRM Perlu Siasat Palanivel


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya, Mustafa Talib yang mendakwa Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM 354 ribu di kampung itu.

"PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara," jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hatinya untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

"PAS tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu di keluarkan oleh pihak Kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek," kata beliau.

Idris berkata selama dua tahun, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi ahli parlimen Hulu Selangor Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu.

Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik 'wakil rakyat Haram' untuk membelanjakan duit Kerajaan.

"PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang," tegas beliau.Erapakatan

Pakatan bincang strategi jika Anwar digantung

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan strategi pada Rabu ini jika Parlimen menggantung Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang mengaitkan 1 Malaysia dengan konsep One Israel.
Kerajaan Barisan Nasional akan merujuk Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 22 April ini atas alasan beliau gagal memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya itu.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin PR akan membincangkan kemungkinan itu apabila usul menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh ini dibentangkan.
Anwar, Ketua Umum PR menegaskan, APCO menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembentukan konsep 1Malaysia kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak.

SEKITAR MESYUARAT AGUNG DMP KAWASAN BESUT KALI KE 47



MESYUARAT AGUNG DMP KAWASAN BESUT KALI KE 47 ini di adakan pada 24 Rabiul Akhir/9 April 2010 bertempat di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh.Tahniah di ucapkan kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung dengan jayanya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....