Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Januari 2011

Video : Khusrin Tidak Akan Lepas Jawatan SUK Selangor




SHAH ALAM 3 JAN : Walaupun tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Exco kerajaan negeri dan majlis-majlis rasmi yang lain, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan itu.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK adalah ibarat durian runtuh untuk bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu.

Ini kerana beliau diangkat daripada kategori pegawai gred Jusa C bagi mengisi jawatan SUK yang bertaraf Jusa A.

Khusrin memulakan tugasnya hari ini.Namun beliau tidak mahu menjawab desas-desus bahawa perlantikan beliau berserta kenaikan kenaikan pangkat yang begitu tinggi adalah untuk memenuhi agenda politik Umno semata-mata.

"Saya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, saya yakin mereka ada jawatankuasa untuk menilai kelayakan. Saya tidak boleh komen kerana saya tidak boleh menilai diri sendiri," jelasnya.

Khusrin berkata beliau memahami tanggungjawabnya terhad dengan kemelut bersabit pelantikannya namun itu bukan masalah kepadanya.

"Perlantikan saya dari segi undang-undang tubuh adalah sah, cuma saya perlu angkat sumpah di depan Menteri Besar, iaitu sumpah menyimpan rahsia. Selagi ini tidak dibuat, saya tahu saya tidak boleh masuk mesyuarat Exco. Bagi saya tidak ada masalah," jelasnya.

Baca seterusnya...

Gambar : Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi BersamaTok Guru Nik Aziz







DUN Selangor: Pindaan bolehkan sultan, MB diberi kuasa lantik SUK

Gambar fail...

SHAH ALAM, 3 Jan – Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
Ketika ditanya mengenai tarikh sidang tergempar itu akan diadakan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim(gambar kiri) berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim hari ini.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, Khalid berkata dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya.
Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di sini bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sebelum ini, Khalid mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Isu Suk : Kenyataan Media MB Selangor Selepas Beliau Berjumpa Sultan

Gambar fail

28 Muharram 1432H.
KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

Taresa: Kenyataan Seksis Pemuda Gerakan Kedah, Perlu Minta Maaf

SHAH ALAM 3 JAN: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Teng Keng Liang memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis yang dilemparkan terhadap Hannah Yeoh yang juga ADUN Subang Jaya.

Teresa menganggap kenyataan Teng itu sebagai suatu penghinaan kepada kaum wanita dan ibu selain turut menggesa beliau memohon maaf berhubung kenyataan sinis yang mempertikai kebolehan kaum itu menggalas tugas sepertimana kaum lelaki di negara ini.

"Saya menggesa Teng meminta maaf kepada Hannah dan semua wanita tanpa syarat ketidakperihatinan beliau selain mendidik dirinya tentang kesamarataan gender. Saya berbesar hati akan menaja Tan Keng Liang untuk mempelajari kesamarataan gender oleh NGO terkemuka di Malaysia," jelas beliau dalam kenyataan media pagi ini.

Memetik kenyataan laman Twitter Teng semalam, beliau mempertikai kebolehan Hannah menjalankan tugas sebagai ADUN ketika sedang hamil.

"Siapa you pilih @ jezlai atau @ hannahyeoh yang akan bercuti hamil (sebagai ADUN Subang Jaya untuk pemilihan mendatang)?" memetik laman twitter Teng.

Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak menerusi komen, Teng tetap berkeras mempertahan kenyataan beliau selain menggambarkan sifat chauvinistic beliau terhadap kaum wanita.

Namun dalam masa yang sama Hannah mempertahankan dirinya melalui komen balas mengatakan beliau masih mampu untuk bekerja keras walaupun sedang bercuti hamil berbanding Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Teresa berkata, sehingga kini, Hannah yang dilantik sebagai ADUN Subang Jaya sejak terpilih pada Mac 2008 serta pasukannya telah bekerja keras untuk masyarakat di kawasan itu.

Tambah beliau, dedikasi yang ditunjukkan Hannah amat dihargai oleh masyarakat Subang Jaya setakat ini justeru beliau yakin ADUN itu akan menyumbangkan usaha kepada masyarakat di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.TVS

Kontroversi PKR Padang Serai



GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang sebelum ini mengkritik kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali lagi mencetuskan kontroversi melibatkan PKR Padang Serai yang diketuainya.
Ini kerana Gobalakrishnan dan Naib Pengerusinya, Johari Ismail masing-masing mendakwa telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa pada masa sama.
Sambil mendakwa Gobalakrishnan berbohong, Johari berkata, dia telah bermesyuarat dengan 15 ahli jawatankuasa lain bagi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Gobalakrishnan.
Namun, Gobalakrishnan mendakwa Johari tidak mempunyai korum secukupnya untuk mengadakan mesyuarat memandangkan beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa lain pada masa sama.
"Secara keseluruhannya, terdapat 15 ahli jawatankuasa yang dipilih dan lima pula dilantik selain pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua penerangan," kata Gobalakrishnan.
"Bagaimana 16 ahli jawatankuasa boleh bermesyuarat di sebuah hotel di Lunas dari 5 petang hingga 6.30 petang ketika saya mengadakan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa di pejabat bahagian di Padang Serai pada masa sama," soalnya lagi.
Sementara itu, apabila diberitahu apa yang telah dikatakan Gobalakrishnan, Johari mendakwa Ahli Parlimen Padang Serai itu berbohong.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....