Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 31 Mac 2014

Anwar Pohon Tok Guru Nik Aziz doakannya

  Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka

KOTA BHARU:  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kesejahteraan dirinya agar diberi kekuatan untuk bersama-sama seluruh pemimpin Pakatan Rakyat  bagi menumbangkan Umno dan BN.

Permintaan itu dibuat ketika bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka, Sabtu lalu.Anwar menyifatkan  pertemuan itu memberikan inspirasi, kekuatan dan semangat kepadanya bagi menghadapi fitnah dan konspirasi politik yang dihadapinya sejak sekian lama.

"Saya memohon jasa baik Tuan Guru supaya mendoakan kesejahteraan saya bagi menghadapi situasi saya kini," ujar beliau.Anwar yang hadir di Kota Bharu dalam menjayakan siri ceramahnya berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru ketika menunaikan solat Subuh berjemaah.

Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir, Adun Gucil, Mohd Roslan Puteh, Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR negeri, Muhammad Hisomuddin Bakar dan para pimpinan PKR negeri.

Anwar berkata, bayangan kuasa rejim BN yang hampir jatuh ekoran kebangkitan rakyat dan Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri Umno dan BN.Katanya, Pakatan Rakyat perlu dilihat kukuh dan mampu meyakinkan seluruh rakyat bahawa ia bersedia mengambil alih kerajaan ekoran kegagalan ketara kerajaan BN sekarang menangani isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, Tuan Guru begitu terharu dengan kunjungan Anwar malah terkilan kerana tidak dapat turut berceramah bersama Ketua Pembangkang itu kerana keuzuran.Dalam tazkirahnya Tuan Guru berkata, pihak musuh tidak akan senang dengan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kekentalan jiwa Anwar yang tabah menghadapi fitnah dilemparkan para pemimpin Melayu sendiri akibat takut hilang kuasa.Hrkh

Adenan ulangi pendirian halang Ibrahim Ali masuk Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (gambar) hari ini berkata isu sama ada presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dibenarkan memasuki Sarawak baru-baru ini sudah tidak lagi relevan.

"Tapi, beliau (Ibrahim) akan tahu apa yang akan berlaku pada lain kali sekiranya dia datang ke Sarawak," kata Adenan dalam sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Adenan, dalam kenyataan yang disiarkan baru-baru ini, berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menghalang petaksub agama, rasis dan pembuat kacau daripada memasuki Sarawak, manakala mereka yang sudah berada di negeri ini akan dihantar pulang sekiranya mereka mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Beliau menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri membenarkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Sarawak kerana terdapat tekanan antarabangsa."Kami membenarkan beliau masuk kerana kami tidak takut kepadanya," kata Adenan.Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai nama mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Jabatan Imigresen negeri menafikan laporan bahawa Ibrahim memasuki Sarawak baru-baru ini, walaupun terdapat dakwaan beliau berada di negeri ini dan dilaporkan merasmikan satu acara anjuran Perkasa Sarawak serta melakukan lawatan kerja ke Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Satok, Petra Jaya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How mempersoalkan kesungguhan politik dan komitmen Barisan Nasional (BN) negeri untuk tidak membenarkan rasis dan petaksub agama memasuki Sarawak.

See, yang juga naib pengerusi PKR Sarawak, berkata sekiranya kerajaan negeri benar-benar menghayati kata-kata Adenan untuk memulihara keharmonian kaum dan agama serta kestabilan politik di Sarawak, Ibrahim tidak sepatutnya dibenar langsung memasuki negeri ini.

Aktivis hak asasi manusia Peter John Jaban juga bertanya kenapa Ibrahim dibenarkan memasuki negeri ini, walaupun beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang sensitif dan bersikap rasis di Semenanjung Malaysia.
 
Beliau berkata pada hari ketua menteri mengeluarkan kenyataan untuk membebaskan Sarawak daripada petaksub agama dan rasis, Ibrahim secara terang-terangan mempamerkan dirinya di sekitar Kuching dan Samarahan. – Bernama

[KENYATAAN MEDIA] Undang2 Benarkan Dato’ Seri Anwar Menjawat Jawatan Presiden PKR


KENYATAAN MEDIA
31 MAC 2014

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Spekulasi bahawa Dato’ Seri Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat. Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification).

Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Dato’ Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Justeru, ucapan syabas dan tahniah buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.

RADZLAN JALALUDIN
Calon Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
 Merangkap peguam kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti AKP Pimpinan Erdogan Menang P'raya Tempatan Turki


TURKI: Parti Pembangunan dan Keadilan Turki (AKP) pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menang besar pada pilihan raya tempatan yang diadakan pada Ahad.

Dalam keputusan itu, AKP memperoleh 47 peratus undi berbanding pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP) yang memenangi 28 peratus.

Selain itu, dua lagi parti yang turut bertanding Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) masing-masing memperoleh 13.28 peratus dan  2.79 peratus.

Erdogan ketika berucap dihadapan penyokongnya di Ankara berkata, keputusan itu merupakan satu referendum rakyat menolak "politik tidak bermoral" dan "politik tidak bermatlamat".

Beliau juga menyifatkan parti yang memperjuangkan demokrasi dan keadilan telah menang pada pilihan raya ini.

"Jangan sesiapa bersedih hari ini, hendaklah tiap-tiap orang daripada 77 juta rakyat tahu bahawa Turki memenangi hari ini.

"Kami akan membawa demokrasi yang lebih kukuh," kata Erdogan disambut sorakan penyokong di ibu pejabat parti itu.

Pilihan raya kali ini berlaku di tengah-tengah tuduhan rasuah dan kebocoran keselamatan yang menggongcangkan pemerintahan 12 tahun AKP.

Beberapa siri tunjuk perasaan anti kerajaan dilakukan pada tahun lepas yang dipanggil sebagai protes 'Gezi'.

Penunjuk perasaan Gezi kebanyakannya dilabel sebagai kumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan peraturan 12 tahun Erdogan.

Bagaimanapun dengan majoriti 52 juta pengundi termasuk yang aktif dalam protes ' Gezi ', ia dilihat sebagai meluluskan peraturan Erdogan .

Dalam pada itu Erdogan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana menuntut kembali perjuangan 'untuk kebebasan di Turki baru'.

"Anda berdiri untuk cita-cita Turki ... untuk politik, bagi pihak anda dan Perdana Menteri," kata Erdogan.Hrkh

Keluarga Dan Sahabat Juruterbang MH370 Selar Laporan Daily Mail

 Kapten Zaharie Ahmad Shah

Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.

Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.

Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.

Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....