Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 4 April 2013

PRU 13 : Mat sabu Bertanding Di Kedah,Husam Di Putrajaya

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.

Bercakap kepada Bernama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan memberitahu kawasan yang akan ditandingi itu.

"Nanti kita akan putuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan rakyat hari ini," katanya.Sebelum ini, desas-desus mengatakan Mat Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, Kedah.

Mat Sabu pada pilihan raya umum 2008 bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan kalah kepada Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dijangka bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya yang kini disandang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya dengar-dengar begitulah, tetapi kita tunggu hasil keputusan mesyuarat hari ini," kata Husam.

Husam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan dan beliau antara yang disebut-sebut bakal Menteri Besar Kelantan yang kini disandang Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....