Makluman Berkaitan Kubur Al Marhum Ayahanda
Ada sebaran dan
viral gambar kubur al Marhum ayahanda yang dipasang binaan pagar
bertutup dan telah menimbulkan persoalan ramai.
Saya mohon
menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk
kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami keluarga.
Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang
bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan
rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.
Walau bagaimanapun pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah.
Kubur al Marhum ayahanda rahimahuLlah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan.
Mohon maaf dan terima kasih atas perihatin semua.
Terima kasih.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda.
SUMBER : FB Nik Abduh