Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 10 Ogos 2013

Kritikan Pak Lah ke atas Mahathir seperti “pulang paku buah keras”

Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul “Awakening: the Abdullah Badawi Years in Malaysia” diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin (gambar).

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.

Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama.

"Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk melakukan perkara demikian," kata blogger itu.

Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.

Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea" dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal masalah tidur.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan."Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.
 
Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....