Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Februari 2012

Video : Mat Sabu Nafi Tawar Zaid Kerusi Parlimen Kota Bharu




SHAH ALAM, 9 FEB : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan dakwaan Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Pulau Pinang, Tan Tee Beng bahawa Datuk Zaid Ibrahim ditawarkan untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

"Saya tidak ada dengar ada tawaran dan tidak tahu menahu ada tawaran...saya tidak ulas atas andaian. Itu kena tanya pihak pengurusan parti Kita, saya tidak boleh campur tangan, katanya kepada Antarapos.com.

Semalam, Tee Beng mendakwa Mat Sabu menawarkan Zaid tiket Pas untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.Menurut beliau, susulan tawaran itu juga Zaid berhasrat untuk membubarkan Kita yang diterajuinya lebih setahun lalu.

“Zaid ada agenda peribadi untuk menutup Kita yang mana disebabkan tawaran itu, Zaid mahu membubarkan parti supaya dapat bertanding lebih bebas di bawah Pas selain mengelak imej buruk sekiranya beliau keluar Kita nanti. Perkara ini sedang hangat diperkatakan di kalangan pemimpin dan ahli Kita sejak Jumaat lalu,” kata Tee Beng semalam.

Selasa lalu, Tee Beng dan Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim dipecat berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa membuat kenyataan yang menjejaskan parti itu.

Terdahulu, Zaid mengumumkan akan membubarkan Kita menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pembubaran itu dianggapnya wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang.AntaraPos

PRU 13 : Pas Kelantan sedia lepaskan Salahuddin

KOTA BHARU, 9 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersedia melepaskan Naib Presiden Salahuddin Ayub (gambar) sekiranya Johor memerlukan beliau walaupun keberatan.

Tuan Guru berkata, pucuk pimpinan parti bersedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri Johor yang juga tempat kelahirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya Anggota Parlimen Kubang Kerian itu lebih diperlukan di sana.

"Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” ujarnya.

Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed untuk menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.

Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Salahuddin itu juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat yang semakin diterima masyarakat di negeri itu.

“Apa-apa pun biar PAS Johor berbincang dahulu dan tentukannya.“Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya,” katanya keberatan.

Nik Aziz berkata, di samping akur kepada keputusan pucuk kepimpinan beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian.

Semalam, Salahuddin dalam kenyataannya menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan.

Bagaimanapun tidak bermaksud untuk menjadikan tawaran sebagai Menteri Besar sebagai matlamat utama perjuangannya dalam parti.“Saya hanya menerima keputusan parti,”ujarnya semalam.HrkhImbang Penuh

Laman Portal KL Today Mohon Maaf Pada MB Kedah

Laporan spekulasi perletakan jawatan MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang disiarkan KL Today pada Selasa lepas DISINI.
Laporan permohonan maaf KL Today semalam DISINI

Chua Jui Meng ' Cabar ' Chua Soi Lek



KUALA LUMPUR, 9 Feb — Datuk Chua Jui Meng( gambar kiri ) meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang.”

Tetapi Chua membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di kawasan majoriti Cina.

“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.

Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk PAS.

3 Menteri Tonton Filem Lucah

BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.

Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....