Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 13 April 2012
Komik Gambarkan Pemimpin BN Baik,Pemimpin PR Jahat Diedarkan Pada Guru
Video : Kenyataan Ku Li Yang Menyokong Himpunan Bersih 3.0
Kenyataan dibuat ketika Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre...
Mahkamah Tolak Saman RM 10 Juta Umno Terhadap Timbalan Dan Presiden Pas
Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu.
Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut.
Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.
Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut.
Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.Hrkh
Kerabat Diraja N.Sembilan Berceramah Di Pentas PR
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.
"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.
Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.
Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.
Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.
"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.
"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.Hrkh
Video : Ceramah Aktivis Mahasiswa ' Yuyu Luna ' Di Besut
BESUT – Mungkin kerana terlalu ‘geram’ dengan penyelewengan yang dilakukakam Umno dan Barisan Nasional (BN) Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim, menyarankan agar penyokong BN menulis di batu nesan masing-masing ‘Saya Penyokong Tegar Barisan Nasional’.
Beliau mempersoalkan bagaimana seorang ‘perompak’ Negara boleh diberikan lagi projek bernilai RM500 juta untuk membina seuah flet di Kampung Kerinchi Kuala Lumpur.
“Peragut, perompak Negara boleh diberi lagi projek di (Kampung) Kerinchi, boleh ke lagu (macam) itu, kita duk sokong (BN) lagi,
“hok (yang) mana rasa nak sokong Barisa Nasional itu, sokonglah sampai mati, tulis dibatu nesan tu, ‘saya penyokong tegar Barisan Nasional’,”tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ceramah Isu Semasa di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut dekat sini pada Rabu11 April.
Salah Guna Gambar Sultan Kelantan,Jurugambar Buat Laporan Polis
Shahrina membuat laporan di Balai Polis Serdang pada hari Jumaat lalu setelah terserempak dengan gambar tersebut pada hari Rabu lepas.
“Lepas saya lihat gambar tersebut, mula havoc dan pertengkaran di bahagian komentar (Facebook).
Pengguna tersebut dikenal pasti sebagai Faiz Maya.
Gambar pertama ialah gambar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail II. Ia menggambarkan baginda berjubah putih dan berkopiah keluar dari masjid setelah menunaikan solat.
Gambar kedua juga menampilkan Sultan Muhammad berjalan di hadapan surau sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu, Kelantan.
Gambar ketiga pula Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Baginda digambarkan mempunyai dua pembantu yang mamakaikan kasut untuknya.
Faiz di dalam laman Facebooknya turut menyertakan hadis Nabi Muhammad saw sebagai renungan dan muhasabah diri di bawah gambar – gambar tersebut.
Shahrina di dalam laporan polisnya menyatakan: “Gabungan gambar ini menggambarkan perbandingan antara seorang Sultan yang zuhud dengan seorang Tengku Mahkota.
Shahrina telah membuat laporan polis agar tidak dikaitkan dengan salah guna gambar yang diambil beliau.
“Memandangkan gambar ini kian menimbulkan kontroversi, saya membuat laporan ini sebagai langkah penafian dan langkah membela diri sekiranya ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak terutama pihak negeri Johor dan negeri Kelantan.
“Saya juga telah membuat pengakuan tidak ada kaitan dengan gambar Tengku Mahkota Johor di FB.
“Saya menulis dengan hormatnya saya tidak bertanggungjawab atas gambar ini.
“Saya akui gambar Sultan Muhammad V itu memang saya yang rakam tetapi, saya tidak tahu menahu tentang gambar Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang disertakan,” kata Shahrina di dalam laporan polisnya.FMT