Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 29 Jun 2009

Majlis Raja Raja tangguh pindaan peraturan tukar agama.


Jun 29, 09 6:18pm
Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu pada satu mesyuarat khas hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, lapor Bernama.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ke mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain kemudian.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Taklimat dibatalkan

Berikutan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut, satu majlis taklimat untuk ahli parlimen beragama Islam mengenai pindaan tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.

Taklimat tersebut dijadual diberikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada jam 6 petang hari ini.

Mereka dijemput oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjaga halehwal agama Islam.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan berhubung pembatalan tersebut, tetapi menteri yang menjaga halehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia kerana ahli parlimen terbabit sibuk dengan jadual masing-masing.

Katanya, taklimat tersebut akan diadakan kemudian tetapi tidak mengulas lebih lanjut.

Pada 16 Jun lalu, Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan tersebut sedang diperincikan oleh Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen.Malaysiakini

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN



KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada Kerajaan Pusat. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan daripada beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal namun langkah itu masih di peringkat strategi. Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi. "Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor (Pas), Datuk Noor Zahidi Omar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Ahad, 28 Jun 2009

Hj Fauzi Abdullah VS Tuan Aziz Tuan Mat di Manek Urai....

Hj Fauzi Abdullah~PAS
Tuan Aziz Tuan Mat~BN


KUALA KRAI: Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.Sebelum ini terdapat desas desus berlaku perebutan antara kem Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman dan bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Tidak dapat dipastikan calon umno ini penyokong Ramzi atau zaid.Walaubagaimanapun mengikut sumber dalaman, calon umno kurang dikenali dan tidak disenangi oleh masyarakat setempat.Ini tentunya petanda baik bagi Pas untuk terus mengekalkan kerusi Manek Urai dalam PRK 14 julai nanti.

Dalam pada itu kelmarin Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Hj. Fauzi Abdullah , seorang peniaga sebagai calon yang akan mewakili PAS.

PAS Kedah: Ustaz Taib dilantik TPJ III

ALOR SETAR, 28 Jun :- Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009 ? 2011 selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, di Seri Mentaloon, di sini semalam.

Pada pengumuman dibuatnya itu menyaksikan rombakan kecil dibuat kepada Jawatankuasa Dewan Harian apabila Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III yang sebelum ini disandang Ustaz Hassan Abdul Razak.


Sementara, Timbalan Pesuruhjaya I dan II dikekalkan masing-masing kepada Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dato' Mahfuz Omar.

Turut dikekalkan ialah Setiausaha, Senator Muhamad Yusuf Husain; Bendahari, Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ketua Penerangan, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Manakala tujuh lagi dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa sesi ini iaitu Ustaz Abu Kassim Abdullah, Sheikh Ismail Kamis, Ustaz Mohamad@Fauze Husin, Zakiah Baharom, Sobri Othman, Che Had Dhali dan Mohamed Hisham Mohamed Nordin. Harakahdaily.

Pesanan ikhlas dari AMBO buat PENGUNDI PRK MANEK URAI

Hayati dan renung renungkanlah....

Sabtu, 27 Jun 2009

CALON PAS PRK MANEK URAI...


Seperti yang dijangka Bendahari Pas Kaw. Kuala Kerai Fauzi Abdullah 40an telah di pilih sebagai calon Pas bagi PRK Manek Urai.Pengumuman dibuat oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira2 jam 11.00 malam dalam satu majlis ceramah di Markas UPU Manek Urai Lama.Calon Pas ini seorang peniaga ikan yang amat dikenali dan disenangi oleh masyarakat setempat.Selain dari menjawat jawatan Bendahari Kaw. beliau juga merupakan pengerusi MTD Guchil.

Selain daripada Mursyidul Am turut berada dalam majlis tersebut ialah Presiden Pas Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, AJK Pas Pusat Datuk Husam Musa,Pengarah Strategi PKR Saifuddin Nasution dan Penasihat Dap Lim Kit Siang.UMNO pula dijangka mengumumkan calonnya pada Ahad ini.Dengan pengumuman calon Pas ini ambo raso bulehlah puok2 kito pakat tumpu ko kempen pulok. Biar umno terus dengan keenam enam kerusinya, biarkan! biarkan!.PAS akan kekal dengan 38 kerusi dalam DUN kelantan.Insyaallah, takbir!!!.

Jumaat, 26 Jun 2009

Calon Pas PRK Manek Urai diumumkan malam ini...


Keputusan mengenai calon PAS bagi PRK Manek Urai akan diketahui malam ini.Pengumumannya akan diumumkan oleh Mursyidul Am merangkap Pesuruhjaya Pas negeri Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Majlis itu diadakan di markas UPU Manek Urai Lama,antara yang turut serta dalam majlis tersebut ialah Penasihat DAP YB Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Machang YB Safuddin Nasution.Mereka berdua turut mengadakan ceramah yang bermula jam 9.00 malam ini.

Khamis, 25 Jun 2009

USRAH MINGGUAN PAS BERIS PAK ABU...

Hari ini USRAH CAW. BERIS PAK ABU di teruskan seperti biasa.Usrah minggu ini diadakan dirumah ketua cawangan Hj Ismail Husain.Kehadiran kali ini boleh dikatakan menggalakkan cuma tiga, empat orang sahaja yang menguzurkan diri.
Selalunya kami berusrah dalam empat sesi,tahlil,pembacaan(Sirah Rasulullah),perbincangan dari pembacaan dan isu semasa.Tapi pada malam ini disebabkan oleh keuzuran naqib kami(Ustaz Abd Aziz Abas) kami hanya berusrah dalam dua sesi sahaja iaitu tahlil dan isu semasa.
(Maaf kualiti gambar kurang memuaskan)

Dalam sesi isu semasa kami sebulat suara bersetuju mengadakan pakaian seragam bagi unit usrah kami.Pakaian ini penting bagi kami ketika mengadakan program kami seperti menziarahi org sakit,lawatan dan sebagainya.Ia juga bertujuan memperkenalkan unit usrah kami dimata masyarakat setempat, terutama golongan muda warga BERIS PAK ABU.Ianya mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala sosial dan mendekatkan mereka dengan perjuangan islam.Bagi menambahkan tabungan kami,kami juga bersetuju mengadakan perusahaan batu bata(diuruskan K.Penerangan saudara Ismail M.Ali pemasaran,K.Pemuda saudara Norzaidi Said) secara gotong royong.Tujuan ambo menukilkan kegiatan caw. ambo ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua bagi memperkukuh lagi jemaah islam yang kita sayangi ini.SALAM dari ambo dan warga UNIT USRAH BERIS PAK ABU.
P/S minggu depan usrah dirumah K.Penerangan saudara Ismail Mat Ali.

Rabu, 24 Jun 2009

PRK MANIK URAI...




Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai hanya akan diadakan pada 6 Julai depan manakala pengundiannya akan dijalankan pada 14 Julai. Namun bahangnya sudah terasa. Antara spekulasi hangat yang menjadi siulan pemerhati politik terutama di Kelantan ialah siapa calon PAS dan BN.
PAS sudahpun memaklumkan bahawa nama calon sudah ada dan ianya sudah dipilih oleh pimpinan tertinggi.
Manakala BN belum berani mengumumkan nama-nama bakal calon mereka kerana khuatir ada yang tidak puashati dan memboikot kempen BN.

Bagi PAS calon 'favourite' mereka ialah Haji Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai seorang saudagar ikan yang berjaya di jajahan tersebut. Beliau sememangnya disegani kawan dan lawan, mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di serata Kuala Kerai. Pendekata beliau dikenali oleh majoriti rakyat di Manek Urai.


Sifatnya yang mesra rakyat, pemurah, mudah didekati, sedang berurusan, tidak banyak kerenah memang disenangi oleh rakyat dan sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.
Calon-calon lain tidak kurang hebatnya seperti Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Bekas ADUN Guchil, Ustaz Zulkifli Yaakob dan Abdul Baasit Abdul Rahman, anak Tuan Guru Sungai Durian abang kepada YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman YDP PAS Kawasan Kuala Kerai.
Di pihak Umno/BN dengar khabarnya mereka menghadapi masalah dalaman yang kronik kerana pertentangan antara 2 kem iaitu Kem Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Masing-masing cuba melobi untuk sekurang-kurangnya anak didik dicalonkan kalaupun bukan mereka sendiri yang dipilih menjadi ayam sabung menentang PAS nanti.
Situasi ini menyebabkan BN terpaksa memilih calon yang boleh diterima oleh kedua-dua kem. Menurut sumber dalaman calon yang paling sesuai ialah Ketua Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Ramai yang beranggapan jika Tuan Aziz dipilih BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS samada Fauzi, Zulkifli atau Baasit sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.~ MUTALIGAT



Selasa, 23 Jun 2009

TGNA DAN US.NASA SELESAI....


(Petikan foto dari MSO MELAYU)
Pada jam 6.00 petang . Pas telah berjaya menyelesaikan kemelut antara TGNA dan US.Nasa.TGNA telah menarik balik segala kenyataan terhadap US.Nasa sebelum ini dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pas termasuk TGHH.
Dalam sidang media tersebut TGNA telah membacakan sendiri kenyataan antaranya:
"selaras dgn itu saya selaku Mursyidul Am Pas menarik balik"
segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasaruddin Timbalan
Presiden Pas.Dgn itu isu ini tidak berbangkit lagi.

Kenyataan TGNA ini berikutan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menolak idea kerajaan perpaduan dalam pertemuan mereka sebelum ini.
Sikap TGNA yg sanggup menarik balik kenyataannya terhadap US Nasa menunjukkan keluhuran peribadi beliau.Ambo rasa sikap beliau ini akan menambahkan lagi integriti beliau dimata rakyat Malaysia amnya dan penyokong serta ahli Pas khasnya.Siapa kata MURSYIDUL AM PAS ini degil,bahkan beliau sanggup merendahkan diri menarik balik kenyataannya.Ambo berharap mana mana pihak yg mengeluarkan kenyataan yg kurang enak terhadap beliau baik dlm akhbar atau blog perlu memohon maaf dan menarik balik kenyataan anda.Sesungguhnya kenyataan anda mengguris perasaan mereka2(termasuk ambo) yg amat menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian SPIRITUAL LEADER Pas ini.INI AMARAN KERAS DARI AMBO.

PIMPINAN PAKATAN TOLAK UG...

(Petikan gambar dari MSO MELAYU)

Dalam sidang media di Parlimen jam 2.20 . Majlis pimpinan Pakatan Rakyat telah mengeluarkan satu kenyataan menolak kerajaan pepaduan.Kenyataan penuh majlis pimpinan Pakatan rakyat:
  1. Semua parti dlm Pakatan Rakyat mengulangi komitmen utk terus memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
  2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan dgn UMNO dan BN yg merupakan satu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak utk menggugat Pakatan Rakyat yg semakin mendapat sokongan rakyat.
  3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia utk bertemu pimpinan BN bagi membincangkan isu2 yg melibatkan kepentinga negara dan rakyat.
Antara yg hadir dlm sidang media tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub,S/U Agong Pas Mustafa Ali,MB Perak M.Nizar Jamaludin,Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali,Naib Presiden PKR Azmin Ali,Pengarah Stategi PKR Saifuddin Nasution,S/U Agong DAP Lim Guan Eng dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahad, 21 Jun 2009

BERMULA DISINI.....

TGNA sedang menyampaikan kuliah agama di medan ilmu KB.
walaupun ambo dari Besut tapi kerap juga ambo ke KB untuk
mengikuti kuliah TGNA(bukan jauh Besut-KB).Alhamdulillah
tiap kali ambo kesana ambo tidak melepaskan peluang untuk
bersalam dan mencium tangan TGNA.Walaupun keletihan
beliau tidak pernah menolak sesiapa saja yg ingin bersalam dgn
beliau.Inilah sikap dan keperibadian MURSYIDUL AM kita.
bagai langit dan bumi kalau nak dibandingkan dgn yg sebelah
sana.Ambo rasa inilah salah satu sebab rakyat KELANTAN
memilih beliau untuk memimpin KELANTAN.Yalah....
harta dan wang ringgit boleh dicari.Tapi utk mencari
pemimpin seperti beliau ambo rasa ibarat mencari setitis air
dipadang pasir.Semoga TGNA dipanjangkan usia untuk
terus memimpin kita semua.

Bersama ustaz Nasa ketika beliau mnyampaikan kuliah agama menggantikan
TGNA.Beliau juga ambo rasa begitu mesra dan mudah didekati.Walaupun
beliau dari luar kelantan,tapi dlm pilihanraya yg lalu beliau diterima baik
oleh rakyat Kelantan.
Ustaz Nasuruddin Daud(Speaker Dun Kelantan) semasa beliau menyampaikan
kuliah agama di medan ilmu(sesi pertama).Beliau seorang yg lantang didalam
Dun Kelantan.Kehebatannya berpidato disanjungi kawan dan lawan(lihat youtube
sidang Dun Kelantan).Berpewatakan ala kampung dan amat disenangi rakyat
biasa.Sudah 4 penggal menjadi Adun Meranti dgn kemenangan yg besar.

Ambo rasa belum terlambat utk ambo menyampaikan salam perkenalan
buat sahabat semua.Ambo ni sebenarnya masih baru dlm bidang blog.Blog
inipun baru sehari dua ambo buat.Jadi kalau ada apa2 kesilapan terlebih
dahulu ambo mohan ampun.Seperkara lagi apa yg ambo nukilkan disini
semuanya pendapat peribadi ambo semata mata.
Sebagai penyokong PAS di peringkat akar umbi, ambo juga ingin memberi
sedikit pandangan tentang isu yg hangat sehari dua ini(ISU UG).Secara peribadi
ambo menyokong 100% TGNA dalam menangani isu tersebut.Walaupun demikian
ambo tidaklah mahu mengutuk atau mengata Ustaz Nasa secara berlebihan.Bagi
ambo bukan sikap kita sebagai pejuang islam utk mengutuk pimpinan secara yg
tidak sepatutnya.Ustaz Nasa mungkin silap tapi sikapnya yg berdiam diri itu
adalah bagi tidak mengeruhkan keadaan.Ambo yakin kbijaksanaan TGNA akan
dapat penyelesaikan perkara ini dlm sedikit masa lagi,dan parti yang kita
sayangi ini kembali seperti sediakala dalam memperjuangkan islam dibumi
yg kita cintai ini.Marilah kita sama sama berdoa semoga pimpinan kita dapat
mencari jalan penyelesaian yg sebaiknya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....