Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 November 2011

Gambar : Provokasi Melampau Umno Di Ceramah Pas







Fitnah : Adun Umno Diarah Bayar Gantirugi Pada PKINK

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar(gambar) membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .Hrkh

Laporan Khas : Tahniah !!! Kewangan Kelantan Diurus Dengan Cemerlang

OLEH : WAN NORDIN WAN YAACOB

KELANTAN antara negeri yang pada pandangan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 menggayakan prestasi penjimatan cemerlang yang diamalkan pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kecemerlangan menjayakan penjimatan dan seterusnya mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat terbukti dalam laporan tersebut yang dikeluarkan barubaru ini
Laporan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Amrin Buang mendedahkan mengenai Negeri Kelantan bagi tahun 2010 lalu adalah meliputi aspek penyata kewangan kerajaan negeri dan pengurusan kewangan jabatan/ agensi.
Laporan itu disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/ Agensi Negeri sepanjang tahun 2010.
Di antara agensi terlibat 10 jabatan ialah Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri, dan Pejabat Pembangunan Negeri.
Kata laporan itu, kesemua jabatan yang diaudit itu boleh dikatakan hampir 90 peratus perkhidmatannya adalah terlibat secara langsung dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat.
Berdasarkan peruntukan bajet 2010, kesemua bajet bagi 10 jabatan yang diaudit adalah berjumlah RM192.25 (termasuk perbelanjaan mengejut).
“Namun apa yang berlaku, perbelanjaan sebenar ialah sebanyak RM168.24. Maka ia boleh dianggap sebagai penjimatan kira-kira RM24 juta. Kesan penjimatan itu, maka nilai defisit bajet kerajaan negeri dapat diatasi,” kata laporan tersebut.
Demikian pula, dilaporkan akaun kena bayar (AKB) negeri Kelantan turut menurun, iaitu pada tahun 2010, jumlah AKB adalah RM15.99 juta berbanding RM38.87 juta pada tahun 2009. Ia adalah penurunan sebanyak RM22.88 juta atau 58.9 peratus yang mana sekali gus boleh dikatakan beban tanggungan hutang (apa-apa perbelanjaan yang sepatut dibayar) telah menunjukkan prestasi baik dari segi beban.
Ia berpunca daripada pengurusan membayar yang dianggap cekap yang disokong oleh sumber kewangan yang ada dan ketulusan amalan kewangan, kata laporan itu lagi.
Demikian juga, kerajaan Kelantan dilihat turut melaksanakan strategi pembangunan masa depan yang menjamin penerusan sumber hasil negeri, iaitu perhutanan. Ia dapat dilihat menerusi Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang diwujudkan.
Kumpulan wang ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula rancangan pengurusan hutan negeri.
Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang ini meningkat sebanyak RM3.67 juta atau 8.2 peratus menjadi RM48.25 juta berbanding RM44.58 juta pada tahun 2009.
Laporan itu juga menyebut 14 agensi kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2009 dikira mencapai tahap akauntabiliti cemerlang.
Berikut adalah ringkasan terhadap laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi Negeri Kelantan:
 
Pengesahan Penyata Kewangan

Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 adalah baik. Kesemua angka dalam Penyata Kewangan dapat disahkan kerana dokumen sokongan yang mencukupi telah dikemukakan. Pada keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Kes Video Seks: Sukarnya Membuktikan Anwar Terlibat


Semakin hampir tarikh pilihanraya ke-13 maka semakin banyak serangan yang ditujukan kepada tokoh penyatu Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim. Terbaharu, beliau akan disiasat pada 17 November ini berhubung kesalahan membuat laporan palsu terhadap pihak yang menayangkan video seks yang memfitnahnya .

Penyiasatan itu membawa implikasi kemungkinan Anwar bakal didakwa melakukan pembohongan kerana menafikan beliau tidak berzina dengan pelacur sebagaimana yang dipaparkan di dalam video seks yang menggemparkan negara pada April lalu.

Sungguh pun sukar membuktikan Anwar terlibat namun memanggilnya untuk siasatan pembohongan itu menimbulkan persepsi bahawa Ketua Pembangkang itu memang benar-benar melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Persepsi biar pun tidak benar akan dibawa ke kampung-kampung di mana orang Melayu mendominasi sokongan politik. Di kubu kuat Umno inilah parti itu akan memperbodohkan orang Melayu bahawa jangan mempercayai Anwar yang suatu ketika pernah meliwat dan kini melanggan pelacur pula.

Orang kampung tidak mempunyai kemudahan internet untuk menyemak berita. Hanya yang disogokkan kepada mereka maka itulah nilai yang mereka akan terima bulat-bulat dan dipercayai sehingga ke hari mengundi. Umno-BN mengharapkan penipuan itu akan memenangkan mereka di kawasan Malay Heart Land seperti Kedah, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Bukti bodoh

Membuktikan Anwar terlibat berzina sama susahnya membuktikan Anwar meliwat. Dalam kes liwat yang sedang dibicarakan doktor yang melakukan pembedahan tulang belakang ke atas Ketua Umum PKR dan masih merawatnya, Dr Hoogland mengakui Anwar tidak mungkin melakukan aksi liwat berdasarkan kondisi kesihatannya.


Dr Hoogland menegaskan Anwar tidak mampu untuk berlutut yang akan menimbulkan kesakitan melampau kepada pinggang beliau apabila melakukan aksi tersebut. Apatah lagi untuk memaksa Saiful melakukan aksi, yang menuntut kekuatan ‘seorang tua’ ke atas ‘orang muda’. Itu adalah mustahil.

Lebih sukar lagi membuktikan Anwar melaklukan aksi zina. Alibi twitter dan facebook Anwar telah mengesahkan ketika waktu dirakamkan aksi persetubuhan itu tertuduh aktif mengemaskini akaun dalam laman sosial tersebut.

Tidak ditunjukkan dalam rakaman watak pelakon yang menyerupai Anwar menghadapi lap top atau bermain-main dengan telefonnya sebelum berlakunya aksi. Begitu juga pada hari kejadian – sama seperti liwat – Anwar mempunyai alibi kukuh beliau berada di rumah bersama keluarga dan beberapa orang pembantunya.

Namun perkara yang paling sukar tentulah aksi persetubuhan itu sendiri. Sebahagiannya telah pun tersebar di internet. Aksi yang tidak boleh dipercayai dilakukan seorang tua berumur hampir 70 tahun. Aksi yang dipertontonkan kepada wartawan melibatkan pelbagai posisi. Terlentang, mengereng dan aksi yang melibatkan pelakon menggunakan kekuatan pinggang yang maksimum.

Seseorang yang telah tua sukar melakukannya apatah lagi seorang tua yang mengalami sakit pinggang dan mengalami pengecutan saraf belakang. Satu lagi fakta yang sukar diterima adalah ukuran alat sulit pelakon yang terlalu panjang untuk saiz lelaki Melayu. Melainkan lelaki berdarah campuran. Untuk lelaki mat saleh pun ukuran saiz itu hanya relevan dengan ketinggian tubuh menghampiri 6 kaki.

Sedangkan Anwar kurang daripada 5 kaki 5 inci. Bagaimanakah agaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah dan keterangan doktor hospital HKL diambil kira. Fakta saiz alat sulit telah diukur dalam pemeriksaan ke atas Anwar. Bagaimanakah untuk menipu gambar yang telah dirakam dengan saiz sebenar yang diukur.

Mendakwa Anwar berbohong adalah suatu kerja gila. Namun mengapakah Peguam Negara membenarkan Anwar disiasat membuat laporan palsu?

NFC: PKR Cabar Khairy Berdebat

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersemuka dalam debat terbuka bagi membincangkan mengenai isu kontroversi berkaitan ternakan lembu fidlot di bawah kendalian National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, debat terbuka merupakan jalan terbaik bagi merungkai kekusutan dakwaan skandal NFC serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan penjelasan terpeinci.

"Khairy banyak membuat kenyataan di twitter, media baru, akhbar dan Parlimen yang menyerang saya mengenai pendedahan NFC. Setiap kenyataan akhbar atau rencana saya akan dijawab oleh beliau.

"Saya langsung tidak terfikir skandal ini menarik minat beliau kerana ia membabitkan Ketua Wanita Umno, bukan Ketua Pemuda Umno," katanya di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Kontroversi isu projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan ini bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan terhadap projek berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata, cabaran debat terhadap Khairy dibuat memandangkan Ahli Parlimen Rembau itu begitu lantang mempertahankan isu NFC.

"Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pemimpin Umno yang paling lantang membela NFC.

"Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio dalam kerajaan," katanya.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....