Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 22 April 2010
APCO:Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor
5 Ahli AMK Ditahan, Polis Guna Akta Bahan Letupan
Video:Heret Anwar ke JK Hak, MP keluar dewan
KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli-ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat bertindak keluar sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini.
Bercakap pada sidang media sejurus selepas itu berkata, Umno memaksa satu usul diluluskan walaupun ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80(1).
"Kita perhatikan bahawa Umno, saya sebutkan Umno kerana Barisan Nasional tidak terlibat langsung memaksa satu usul yang bertentangan dengan peraturan mesyuarat.
"Saya minta saudara-saudari rujuk peraturan mesyuarat 36(12) dan 80(1) iaitu usul yang dibawa oleh menteri mesti terikat dengan peraturan iaitu merujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk menentukan salah atau tidak dan keduanya mencadangkan hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah kepada dewan," katanya.
Namun ujarnya, kes melibatkan beliau 'unik dan istimewa' kerana usul berkenaan terus merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan dan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk mengenakan tindakan terhadap beliau.
"Pada tahun 2004 apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor dirujuk ke jawatankuasa dan bunyinya itu mengikut peraturan iaitu memohon usul dirujukkan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk membuat penentuan samada kenyataan dibuat oleh Bukit Gelugor dalam dewan adalah palsu atau tidak, kemudian mencadangkan tindakan setimpal sekiranya didapati palsu.
"Dalam kes Permatang Pauh memang unik dan special iaitu terus disebut hendaklah dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dan jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman. Jadi bukan jawatankuasa ini hendak menententukan salah atau tidak.Ini yang dipertikaikan berulang kali oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi," katanya lagi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan, wakil-wakil Pakatan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dewan kerana mereka tidak mahu mengundi usul yang tidak tepat.
"Menteri enggan membuat apa-apa pindaan, tarik balik, atau bentang semula, kita tidak ada pilihan kerana kalau kita undi bermakna kita menyertai perbahasan yang menyebut secara khusus Permatang pauh bersalah," tegasnya.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan menghadiri pendengaran jawatankuaasa itu dan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya.
"Saya akan hadir ke jawatankuasa itu dan akan mengemukakan bukti dan dokumen perjanjian seperti yang dikehendaki speaker," katanya.
Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee manakala ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa akan mewakili Pakatan Rakyat ke pendengaran berkenaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS berkata pada sidang media sama mempertikaikan keputusan dewan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar sebelum sebelum jawatankuasa membincangkannya.
"Isu kita jelas kalaulah kita anggap jawatankuasa hak dan kebebasan ini sebagai tempat perbicaraan, isunya sekarang ini ialah hukuman telah pun dijatuhkan sebelum perbicaraan bermula.
"Kita mahu kalau pun hendak dibawa kepada jawatankuasa hak dan kebebasan itu harus diubah usul yang dibawa kerana kita melihat terdapat satu tafsiran yang telah pun menjatuhkan hukuman terhadap usul tersebut.
"Ini yang menjadi pertikaian kita yang menyebabkan kita bertindak keluar dewan," katanya.Hrkh
Hulu Selangor:BN peralat JHEOA
Kuala Kubu Baru, 22 April: Sekumpulan orang Asal daripada Pahang yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu kempen pilihanraya untuk PKR mengadakan sidang Media untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kerana mereka telah diperalatkan oleh Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya mereka di seluruh perkampungan orang Asal di kawasan Hulu Selangor.
Tidak cukup dengan pihak polis yang sebelum ini telah membina pondok polis hampir di setiap perkampungan orang asal di sini, BN dikatakan telah mempergunakan JHEOA untuk mengadakan program kempen mereka. Disamping pemberian wang dan juga anak benih pokok, mereka juga disajikan dengan konsert rock serta minuman keras kepada orang-orang di perkampungan orang asal semata-mata untuk meraih undi.
Perbuatan mereka ini dilihat, sebagai satu penghinaan kepada golongan orang asal di seluruh Malaysia, dan seolah-olah sedang memperbodohkan orang asal di Hulu Selangor. Tindakan mereka amat dikesali dan mereka akan bertindak dengan kempen yang lebih efektif dalam masa yang terdekat ini.
Hulu Selangor:Benda Lucu Setiap Kali Pilihanraya Kecil
Walaupun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan serangan peribadi ke atas mana-mana calon, pentas ceramah sepanjang kempen akan dihangatkan dengan sindiran, cemuhan dan maki-hamun terhadap batang tubuh calon.
Malah, sebahagian besar yang datang mendengar ceramah memang mengharapkan ada benda-benda dalam kain yang akan disingkap dan didedahkan. Mereka akan bertepuk tangan, bersorak, dan menjerit berapi-api. Soal betul atau tidak apa yang didedahkan, itu belakang kira!
Kalau kita perhatikan serangan demi serangan dalam kempen, kita melihat satu drama yang amat lucu. Setiap pihak mahu menuduh lawannya tidak betul, padahal pihak yang menuduh tahu dia sendiri pun tidak betul. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Pilihan raya memang penuh kelucuan.
Khairy Tak Nafi Gambar Bersama Gadis Seksi Dan Botol Arak(Video Di Sertakan)
KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya langsung tidak menafikan mengenai sekeping gambar di internet yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali bersama dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.
Ketika media bertanyakan mengenai gambar tersebut Khairy cuba untuk mengelak dan bertanya kembali kepada media adakah dia sedang minum dalam gambar itu.
"Hingga ke akhirnya itulah jawapan yang diulang-ulang," kata Pimpinan Pemuda Pas, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Menurut Herman, Khairy langsung tidak menafikan bahawa orang yang berada dalam gambar itu bukanlah dirinya.
"Ini bermakna dia dengan sendirinya seolah-olah telah berikan jawapan kepada semua yang melihat gambar itu bahawa gambar yang disiarkan itu adalah gambar Khairy yang sebenarnya," jelas Herman.
Semalam, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.
Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Erapakatan
Exco Infrastruktur Cap Ayam
Gelagat dan perangai serta jawapan yang diberikan oleh Exco Infrastruktur Terengganu menjadi bahan ketawa sesiapa sahaja mendengarnya...
Ulasan Tinta Hijau DKB
ha..ha..ha..ketawa skali lagi...ha..ha..ha nape laa bangangnye Exco ni..kalau Pemimpin pun macam ni la tahap pemikirannye yang kat bawah tu tak tau laaa..ahak..ahak...woi kat KL dan Selangor nun lagi hebat pembangunan,stadium pun kat 10 ada.takde runtuh pun.Inilah tahap pemikiran bodoh sombong pemimpin Umno kononnya nak tunjuk hebat tapi nampak sangat kebodohannya ketawa skali lagi ha..ha..ha..