Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 5 Oktober 2012

Video : Panas !!! Azalina Othman Mengamuk Sakan Di Parlimen




Sidang Dewan Rakyat Gamat Apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Cuba Mencelah Perbahasan Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman Mengenai isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

SPRM siasat kenduri kahwin anak Ali Rustam


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. - Bernama

PGU 5.0 Sedia Mnerima Para Tetamu

Menjelang tengah malam semalam, sempurnalah persiapan tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang dinamakan sebagai Dataran PGU 5.0 untuk menerima kunjungan tetamu-tetamu para pencinta perjuangan Islam.

Menurut Pengarah Persiapan, Dr azman Ibrahim, tindaka pantas dari para petugas telah membaiki beberapa kerosakkan akibat ribut yang melanda petang semalam.

"Walaupun dilanda sedikit hujan ribut pada sebelah petangnya, dan telah menerbangkan beberapa buah khemah mematahkan beberapa tiang bendera,
"tindakan pantas dari para petugas telah membolehkan kerosakkan diperbaiki dalam tempoh singkat,"ujarnya ketika ditemui pagi ini pada Program Khidmat PGU5.0, membaiki rumah rakyat dhaif di Kampung Tempinis dekat sini.

Beliau berkata, InsyaAllah, setakat pagi ini, pihak petugas persiapan telah melakukan yang terbaik bagi memastikan keselesaan semua peserta dan pengunjung PGU pada kali ini.

"apa yg boleh disimpulkan, pihak kami telah melakukan yang terbaik demi keselesaan bersama, hanya kami memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang kekurangan yang tidak disengajakan,"jelasnya.

Beliau dan semua warga MTD Jabi mengucapkan Selamat berhimpun dengan doa semoga rahmat dan perlindungan Allah sentiasa menaungi kita dan perjuangan kita demi meninggikan agamanya diterima Allah.BO

Video : Gerakan Royalti Kelantan Di Parlimen




Seramai 50 wakil gerakan royalti minyak Kelantan hadir ke parlimen Malaysia pada Khamis bagi menyerahkan memorandum untuk menuntut royalti minyak negeri yang menjadi pengeluar minyak di Malaysia dari kerajaan pusat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....