Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 Oktober 2010

Siapa di belakang kemenangan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor?



SHAH ALAM, 5 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.

Namun siapakah sebenarnya di belakang kejayaan beliau itu? Ia tidak lain dan tidak bukan dari Setiausaha Politik beliau yang baru dilantik beberapa bulan lalu, Faekah Husin (gambar).

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau harus buat bagi membantu bosnya dan terbukti walaupun seorang setiausaha politik wanita yang pertama, Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Kegembiraan itu masih lagi dikongsi Faekah ketika ditemui di pejabatnya semalam.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah ketika ditemui yang jelas kelihatan masih sangat teruja dengan kejayaan beliau membantu bosnya.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli Saring (122 undi).


PKR Kuala Selangor lumpuh

Pada 20 Januari lepas, Bernama melaporkan PKR cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid dianggap “lumpuh” setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita 20 Januari lalu, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Abdul Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan “penuh kecelaruan” tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Dakwa Tok Guru Nik Aziz Gila : Umno Besut Enggan Ulas,Mahu Bincang Dulu

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Umno Besut enggan memberi sebarang komen berhubung gesaan PAS kawasan Besut yang meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta maaf secara terbukakepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gesaan itu dibuat selepas Nik Aziz dikatakan telah dikritik secara keras dan dilabelkan “gila” oleh penceramah jemputan Umno yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Luas Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana perlu berbincang dengan pucuk kepimpinan bahagian itu.“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai perkara itu.“Saya perlu bincang dulu dengan Ketua Umno Bahagian (Datuk Seri Idris Jusoh),” katanya.
Semalam PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno bahagian itu memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz yang disifatkan sebagai Tok Guru “gilo” (gila).
Penceramah jemputan dalam ceramah yang bertajuk “DAP Anti Islam” pada 1 Oktober lalu dikatakan menggelarkan Mursyidul Am PAS itu “gilo” berulang kali.
Sekiranya, Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum pukul 12 tengah hari ini, PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.
Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad semalam berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

Istana buat laporan polis SMS komplot larikan bekas Sultan Kelantan

KOTA BARU, 5 Okt — Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra(gambar) akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu SMS daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya SMS itu berbunyi: “Salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat.”

Selain SMS itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog ''The Kelantan Insider'' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk ''Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?''

“Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

“Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana,” katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu. — Bernama

Tok Guru Nik Aziz ke Singapura ziarah Lee Kuan Yew

Gambar fail,Kuan Yew bersama Tok Guru Nik Aziz ketika kunjungannya ke Kelantan

SINGAPURA, 5 Okt:
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlepas ke Singapura pagi tadi untuk menziarahi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Nik Aziz berlepas dari KLIA jam 9.45 bersama beberapa orang lagi bagi menziarahi Lee yang sedang mendapat rawatan di hospital ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Imbang PenuhEropah baru-baru ini.

Sabtu lepas, isteri beliau Kwa Geok Cho, 89, meninggal dunia selepas sakit sejak sekian lama. Lee yang berumur 87 tahun pada 16 September lepas hingga kini belum memberikan sebarang ulasan media mengenai kematian isterinya itu.

Lawatan Nik Aziz ini dikira kunjungan balas beliau kepada pemimpin utama Singapura itu selepas kunjungan Lee Kuan Yew ke Kota Bharu beberapa tahun lalu.

Beliau yang sepatutnya berlepas ke Singapura Sabtu lepas terpaksa menangguhkan kunjungannya itu ke hari ini selepas kematian isteri Lee pada hari tersebut.

Wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah yang turut bersama dalam rombongan Nik Aziz ini akan membuat laporan penuh mengenai kunjungan bersejarah ini selepas ini.Hrkh

Video : Lagi Penghinaan Terhadap Tok Guru Nik Aziz Oleh Penceramah Umno

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....