Program ceramah perdana isu semasa turut menampilkan pimpinan PAS dan PKR tempatan termasuk Badrul Hisham Shaharim dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Dr. Rosli Yaakop.
Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang di mana media perdana sedang mengelirukan rakyat, kata Setiuasaha PKR Rembau Norazizi Aziz.
“Kita juga menjemput ahli Umno untuk menghadiri program cemarah Mat Sabu itu, ” katanya.
PKR Rembau, katanya memandang serius permbangan politik ganas yang amat membahayakan ini.
Polis digesa bertindak secara profesional, tambahnya.Norazizi mendakwa Pemuda Umno terbabit dalam serangan ke atas Mat Sabu.
Politik samseng
“Ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka.
“Sikap politik samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan,” katanya.
Ceramah Mat Sabu di Ampangan Sabtu mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli Perkasa mara ke pentas ceramah.
Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.FMT
Amaran Perkasa pada Mat Sabu baca DISINI dan jawapan Mat Sabu DISINI