Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 April 2012

Video : Masih bersama Umno tapi sokong Bersih 3.0



KUALA LUM
PUR, 18 April: Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih bersama-sama Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Menyentuh mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.

"Hari ini saya sedih kerana melihat begitu senang negara ini dijual kepada warga asing, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

"Berpuluh ribu rakyat asing diberi kad pengenalan. Bermakna kita sanggup menjual negara kita ini semata-mata nak menang.

"Saya boleh nyatakan, kerana nak menang kita sanggup jual negara," kata beliau sewaktu berucap di Ceramah Countdown 10 hari Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. (Gambar oleh Mohd Nasir)

Tamrin juga menyifatkan rakyat yang menyokong dan menggerakkan Bersih 3.0 sebagai wira kerana berjuang untuk membersihkan pilihan raya yang kotor.

"Tuan-tuan hari ini merupakan wira yang nak perjuangkan supaya negara kita tak terjual kepada rakyat asing.

"Kalau kotor kita kena buat apa?" Soalnya dan disambut laungan " Kena bersihkan," oleh kira-kira 2,000 yang hadir.Hrkh

PRU13: Selangor tidak bubar Dun serentak jika SPR gagal bersih daftar pemilih

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas
Jun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.SH

Video : Ucapan Kadir Sheikh Fadzir Di Ceramah Countdown Bersih 3.0



Bekas pimpinan dan ahli Umno selama 56 tahun, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir menyatakan kesediaannya untuk sama-sama menyertai Duduk Bantah.

Beliau berkata, kewujudan Bersih 3.0 selepas Bersih 1 pada 2007 dan Bersih 2.0 tahun lepas sangat perlu kerana kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi yang ada.

"Malaysia negara demokrasi yang dipunyai rakyat. Hak yang paling penting dalam negara demokrasi ialah rakyat boleh pilih kerajaan mereka yang benar-benar bersih, telus dan adil. Tapi Umno lupa perkara ini.

"Alhamdulillah ada Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3. Walaupun Bersih 1 saya berada dalam kerajaan tapi saya sokong dari dalam.

"Kalau tak ada pilihan raya bersih kita bukan negara demokrasi," katanya.Beliau juga menegaskan, pilihan raya tidak boleh diadakan selagi media tidak bebas.

Katanya, kerajaan bertindak seolah-olah media milik mereka sahaja, tanpa memberi ruang kepada pembangkang.

"Untuk pilihan raya bersih media mesti adil. Dalam pilihan raya 2008 walaupun dalam keadaan (PR) tak ada duit tak boleh akses media tapi hampir 48 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat

"Semua radio, televisyen, suratkhabar ada satu suara sahaja iaitu suara kerajaan."Saya rasa tidak boleh diadakan pilihan raya Jun ini sehingga dibebaskan media massa.

Biarlah kita turun ramai-ramai 28 haribulan ini dan saya akan ada bersama," katanya disambut tepukan gemuruh.

Beliau turut disarungkan t-shirt Bersih 3.0 oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diiringi lagu dan maskot kuning Jang Ubah.Hrkh

Presiden Pas Ziarah Artis Bob Kuman

PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid.

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.
Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

Video : Mat Sabu Dan Nizar Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka






Dataran Merdeka, KL 12.30am 18/04/2012

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....