Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 Februari 2010

Ahli Parlimen Kelana Jaya nafi tinggalkan PKR

PETALING JAYA, Feb 7 – Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne (gambar) menolak desas-desus beliau berhasrat untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.
Nama Loh, yang popular di sebalik skandal klip video Datuk V.K.K. Lingam disebut-sebut sebagai akan turut meninggalkan PKR ketika penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kes liwat yang bakal menentukan masa depan politiknya.
“Sejak seminggu lalu terdapat pelbagai khabar angin beberapa Ahli Parlimen PKR akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas ataupun menyertai Barisan Nasional.
“Saya tidak tahu bagaimana nama saya disebut banyak kali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang terbabit. Kawan-kawan yang kenali saya tahu bahawa ini adalah tidak benar,” kata Loh kepada pemberita di pejabatnya di Sunway Mentari, Bandar Sunway dekat sini.

AMK Kesal Pemimpin UMNO Perolokkan Jemputan Ikhlas TGNA




Parti Keadilan Rakyat kesal dengan bidasan-bidasan Umno terhadap jemputan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjemput parti pemerintah itu untuk duduk semeja merungkai permasalahan kalimah Allah dan Islam mutakhir ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno tidak seharusnya merasa terancam dengan inisiatif Pas dan Pakatan Rakyat mendekati masyarakat Islam dan bukan Islam, sebaliknya menyahut peluang ini untuk kebaikan negara.

"Dalam hal ini Datuk Najib ingin cuba memancing pandangan daripada pemimpin Pas mungkin, dalam nada yang sama mungkin cuba gunakan pendekatan memerli Tok Guru Nik Aziz dan itu tidak mungkin menyelesaikan masalah. Tok guru Nik Aziz nak berbincang itu khusus tentang kalimah Allah tetapi di betray bahawa jemputan itu hanya nak berbincang full stop. Tetapi sebenarnya berbincang koma tentang kalimah Allah" ujar Shamsul.

Bagi sayap pemuda PKR, mungkin Umno berasa yakin kempen merampas semula negeri-negeri Pakatan Rakyat akan berjaya sekiranya kecelaruan dan kemelut agama ini berterusan.

Malah UMNO juga kelihatan seolah hilang arah di dalam isu yang cuba direkanya sendiri.

"Kerana ini adalah taktik lama yang telah pun kita pelajari sejak tahun 70-an lagi. Dan mereka mengulangi taktik ini untuk mewujudkan suatu suasana yang tegang di kalangan umat Islam dan pengamal agama Kristian. Dan bagi saya ini adalah satu tindakan yang cukup biadab" tambahnya lagi. -TVS

Tok Guru Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya


KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.
(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Peguam Anwar Dijangka Soal Balas Mohd Saiful Esok

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari keempat esok akan menyaksikan pihak pembelaan menyoal balas pengadu dalam kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mohd Saiful dijangka akan diperiksa balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V.Prabhakaran, S.N.Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.
Mohd Saiful merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

9 Feb,Nizar Atau Zambry? Kronologi Krisis Politik Perak


IPOH: Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah - antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS.
17 Mac 2008:
- Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
1 Februari 2009:
- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

Royalti:Kerajaan Pusat Tidak Menerima Hakikat - Tengku Sri Paduka Raja



Catatan seterusnya baca DI SINI

Ucapan Datuk Nasir Safar sebenarnya Teks Najib – Cikgu Bard





Chukai, KEMAMANUcapan perkauman yang dilafazkan oleh Pegawai Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Nasir Safar sebenarnya adalah teks ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. (update - video)

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cikgu Badrul Hisham mendedahkan demikian ketika berucap dalam majlis makan malam pra Tahun Baru Cina yang diadakan disini, mala mini, 6 Februari.

Menurutnya, Majlis Juara Rakyat yang diadakan di Pusat Dagangan Melaka itu sepatutnya dihadiri oleh Najib, namun oleh kerana beliau tidak hadir, teks ucapannya telah dibacakan oleh Datuk Nasir.

Dalam ucapan tersebut Datuk Nasir terang-terangan telah menghina kaum India dan Cina di Malaysia dengan mengatakan bahawa kaum India adalah dating ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan kaum Cina, terutamanya perempuan bekerja sebagai pelacur (visual video kurang memuaskan kerana video terpaksa dikecilkan akibat talian internet lemah ketika video di upload).BO

Anwar DiAibkan, Peliknya Sokongan Terhadapnya Bertambah

Oleh Misbahul Munir
Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara.Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak.
Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.

Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....