Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 24 Ogos 2011

Menteri Dalam Negeri Terima Ugutan Bunuh ??


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein( gambar ) hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.Polis sedang menyiasat perkara tersebut.

Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.

“Kedua-dua peluru turut diiringi nota tulisan tangan dalam Bahasa Melaysia, mengugut saya,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pantai Dalam di sini, hari ini.

Naib Presiden Umno ini berkata beliau pernah menerima ugutan seumpama itu sebelum ini tetapi ini kali pertama disertakan dengan peluru.

Hishammuddin menambah beliau tidak tahu motif tindakan itu.Beliau juga tidak berkongsi mesej nota ugutan itu.Katanya, peluru dan nota itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beberapa ahli politik pernah menerima peluru sebelum ini, termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

Julai lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menerima ugutan bunuh dalam bentuk SMS.TMI

[ Video ] Wacana Sinar : Ulama Politik, Untuk Dakwah atau Parti?




DAP Ketua Menteri Melaka? BN Bermain Api

PETALING JAYA: PAS Melaka mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mula bermain api dan menyebarkan dakyah dengan mengatakan DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.

“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung berkempen mengatakan DAP akan jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Melaka.

“Ini fitnah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan akan melantik pemimpin DAP sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek.

Ujar beliau, “kita minta Umno jangan memainkan isu ini kerana ia sensitif, kita minta mereka menghentikan segera fitnah tersebut.”

Beliau berkata, BN membuat dakyah itu bagi menjauhkan pengundi Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

“Fakta bahawa jika Pakatan menang majoriti di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Perang saraf

“Ini semua adalah perang saraf Umno-BN,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dan ketika ini BN menguasai 23 kerusi manakala Pakatan Rakyat lima semuanya oleh DAP. Pakatan

Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi Dun untuk memerintah negeri Melaka.Pada PRU 2008, DAP bertanding lapan kerusi, PAS 12 dan PKR tujuh kerusi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Melaka, Mohamad Yusof Abdullah menegaskan tidak mungkin wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri Melaka kerana mereka bukan majoriti di kalangan pembangkang.

“Majoriti kerusi adalah Melayu dan sekaligus bermakna Ketua Menteri merupakan orang Melayu walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah,” katanya.FMT

Video : Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’-Harussani





SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun jelas Mufti Perak (gambar) ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Tegas Harussani, tindakan Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

“Saya kata pecat Anwar pecah Melayu, saya juga minta jangan buat tuduhan liwat . . . saya kata kalau tiada saksi buruk padahnya,” katanya.

Turut menjadi ahli panel wacana ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya.

Wacana itu dipengerusikan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Harussani juga berkata umat Islam wajib berjihad mempertahankan akidah agama dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Ini kerana jelas beliau, agama bukan Islam tidak dibenarkan untuk disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Soal akidah kita tidak boleh main-main, kita perlu berjihad . . . kalau tidak berjihad habis kita,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.TMI

"Saya Tidak Perlu Minta Maaf Dengan Najib Dan Rosmah" - Badrul Hisyam





SHAH ALAM 24 OGOS : Gesaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar blogger di Malaysia mencontohi tindakan akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, disambut dingin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin.
Beliau menegaskan adalah tidak menjadi keperluannya untuk memohon maaf kepada Najib isterinya, Rosmah Mansor, sebaliknya kedua- dua mereka harus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan bersabit pendedahan cincin berlian yang didakwa dibeli Rosmah, bernilai RM24.45 juta.

Badrul berkata, segala pendedahan beliau bersabit pembelian cincin itu berlandaskan bukti yang kukuh dan bukannya tomahan kosong seperti mana yang sering dilakukan blogger pro- Umno.

Semalam, sebaik sahaja Rais menggesa agar blogger dinegara ini memohon maaf kepada pemimpin Umno, laman blog Badrul menjadi sasaran kritikan pelayar internet pro- Umno, menggesanya agar membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno.

Sebelum ini, akhbar Indonesia, Kompas membuat permohonan maaf kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor bersabit isu pembelian cincin itu, yang disiarkan pada 4 ogos lalu.

Badrul hari ini, menerusi laman blognya menegaskan, apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia kini adalah mendesak Rosmah agar menjawab segala persoalan yang berlegar diminda rakyat.

Isu pembelian cincin berlian didedahkan hampir sebulan yang lalu, namun Rosmah mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan melayan persoalan yang berbangkit.

Cincin berlian berpengenalan Natury Fancy Gray Cushion Cut Diamond, telah dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan pengisytiharan harga bernilai RM24,458,400.

Apa yang mengejutkan, cincin buatan Jacob & Co itu, bebas daripada sebarang cukai. Ia tampak pelik walhal perkhidmatan kepada rakyat dikenakan cukai kerajaan seperti Astro, telekomunikasi dan banyak lagi termasuklah pembelian makanan serta minuman.

Pada 13 Julai 2011, Badrul diiringi wakil SAMM, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit dakwaan itu dan disertakan pelbagai bukti bagi menguatkan dakwaannya.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA mengalami gangguan dan tergendala hampir tiga jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan dan semuanya dijalankan secara 'manual'.

Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' itu bocor.

Fakta bersabit cincin itu mula bercanggah apabila, terdapat sesetengah pihak yang mendakwa belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singgapura, 4 hari selepas itu.

Tidak semena- mena timbul isu cincin berlian itu sebenarnya untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu- tetamu yang sulit.

Badrul melalui laman blognya menyatakan seorang pegawai kastam yang enggan dikenali menyatakan, jika sesuatu barangan dibawa masuk ke negara ini atas tujuan pemeran, pihak kastam sepatutnya mengisi borang Ata Carnet.

Ata Carnet adalah borang permohonan untuk membawa masuk apa jua barangan untuk dipamerkan untuk tempoh maksima setahun.

Namun, borang tersebut tidak diisi dan tentunya mematahkan hujah cincin semahal itu dimasukkan ke Malaysia tanpa sebarang cukai untuk tujuan pameran semata- mata.

Justeru, Badrul menegaskan, Najib dan Rosmah tidak perlu berdolak dalih dan menjawab segala persoalan yang timbul.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....