Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 22 April 2010

1Malaysia-One Israel : Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen Pagi ini

KUALA LUMPUR : Kebimbangan Barisan Nasional dengan hujah yang penuh dengan fakta dan angka oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mengaitkan dasar ‘1Malaysia-One Israel’ menyebebkan beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen pagi ini.
Barisan Nasional sendiri yang gagal menjawab isu itu termasuk bos utama mereka, Najib Razak akan akan membentangkan usul kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung isu itu dengan lapan Ahli Parlimen (AP) dari BN dan Pakatan Rakyat akan membahaskannya.
Apa yang melucukan ialah apabila perkara itu akan dibentangkan oleh dua pemimpin BN yang kredibiliti mereka amat diragui oleh rakyat iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno yang terpinggir dalam kabinet, Khairy Jamaluddin
Di internet sehingga kini wujud beberapa gambar yang mengaitkan Khairy dengan arak manakala Nazri turut didakwa ada kaitan dengan seorang pemuda bermoral rendah yang didakwa merupakan anaknya.


Nazri berkata, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36 (12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen.
Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga AP Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen berhubung perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.
Anwar turut mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....