Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 22 April 2010

Video:Heret Anwar ke JK Hak, MP keluar dewan




KUALA LUMPUR, 22 April:
Ahli-ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat bertindak keluar sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini.

Bercakap pada sidang media sejurus selepas itu berkata, Umno memaksa satu usul diluluskan walaupun ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80(1).

"Kita perhatikan bahawa Umno, saya sebutkan Umno kerana Barisan Nasional tidak terlibat langsung memaksa satu usul yang bertentangan dengan peraturan mesyuarat.

"Saya minta saudara-saudari rujuk peraturan mesyuarat 36(12) dan 80(1) iaitu usul yang dibawa oleh menteri mesti terikat dengan peraturan iaitu merujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk menentukan salah atau tidak dan keduanya mencadangkan hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah kepada dewan," katanya.

Namun ujarnya, kes melibatkan beliau 'unik dan istimewa' kerana usul berkenaan terus merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan dan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk mengenakan tindakan terhadap beliau.

"Pada tahun 2004 apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor dirujuk ke jawatankuasa dan bunyinya itu mengikut peraturan iaitu memohon usul dirujukkan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk membuat penentuan samada kenyataan dibuat oleh Bukit Gelugor dalam dewan adalah palsu atau tidak, kemudian mencadangkan tindakan setimpal sekiranya didapati palsu.

"Dalam kes Permatang Pauh memang unik dan special iaitu terus disebut hendaklah dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dan jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman. Jadi bukan jawatankuasa ini hendak menententukan salah atau tidak.Ini yang dipertikaikan berulang kali oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan, wakil-wakil Pakatan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dewan kerana mereka tidak mahu mengundi usul yang tidak tepat.

"Menteri enggan membuat apa-apa pindaan, tarik balik, atau bentang semula, kita tidak ada pilihan kerana kalau kita undi bermakna kita menyertai perbahasan yang menyebut secara khusus Permatang pauh bersalah," tegasnya.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan menghadiri pendengaran jawatankuaasa itu dan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya.

"Saya akan hadir ke jawatankuasa itu dan akan mengemukakan bukti dan dokumen perjanjian seperti yang dikehendaki speaker," katanya.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee manakala ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa akan mewakili Pakatan Rakyat ke pendengaran berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS berkata pada sidang media sama mempertikaikan keputusan dewan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar sebelum sebelum jawatankuasa membincangkannya.

"Isu kita jelas kalaulah kita anggap jawatankuasa hak dan kebebasan ini sebagai tempat perbicaraan, isunya sekarang ini ialah hukuman telah pun dijatuhkan sebelum perbicaraan bermula.

"Kita mahu kalau pun hendak dibawa kepada jawatankuasa hak dan kebebasan itu harus diubah usul yang dibawa kerana kita melihat terdapat satu tafsiran yang telah pun menjatuhkan hukuman terhadap usul tersebut.

"Ini yang menjadi pertikaian kita yang menyebabkan kita bertindak keluar dewan," katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....