Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Julai 2010

Negara Islam : Kenyataan Karpal Bukan Dasar Pakatan Rakyat-DAP


PETALING JAYA: PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw(gambar) berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit.
"Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman.
"Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam.

Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.
Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama.
"Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.
"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya.Mstar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ana bukan peminat DAP namun kenyataan Dr.Tan ada betulnya.Dalam DAP sejak dulu lagi Karpal Singh seorang saja yang mulut celupar mengenai Islam.Ini tidak semestinya pemimpin-pemimpin DAP lain setuju dengan Karpal Singh.Ketua Pemuda PAS,Tantawi jangan cepat melatah.Orang macam ni senang dipermainkan oleh media UMNO.Siapa beri dia kuasa untuk memutuskan hubungan dengan DAP?Hadi Awang?Mustafa Ali? atau Hassan Ali?Buat kenyataan tu biarlah berhati-hati,konon ahli interlektual.

joecharlie berkata...

Media UMNO PUN KATA KG.BINJAI KG.MELAYU KENA ROBOH SURAU PUN KENA ROBOH JUGAK TAKJADI TERAWIKH TAHUN NI ANGKARA PAS?PKR?DAP?

Tanpa Nama berkata...

kita rasa tak pelek kalau hinu kapalsing tak mau negara islam,kita pun tak mau negara islam pada namanya saja,biar negara tak nama islam tapi pelaksanaan hukum undang2 islam dijalankan didalam negara ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....