Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Julai 2010

Tok Guru Nik Aziz akui wujud perpecahan dalam Pas


KOTA BHARU - Baru sahaja selesai Muktamar Pas ke-56 bulan lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar Pas tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam Muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.


"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang sudah lama dalam Pas)," katanya selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung di sini, hari ini.

Pada Muktamar Pas Jun lalu, tiada pemilihan diadakan di peringkat kepimpinan kerana ia diadakan sekali dalam dua tahun dan pemilihan kepimpinan akan diadakan pada persidangan Muktamar Pas tahun depan.

Persidangan Pas lalu, lebih memfokuskan untuk menguatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan membenarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas, iaitu ahlinya terdiri daripada golongan bukan Islam yang menyokong parti itu menggunakan logo Pas untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Nik Aziz berkata, jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada Muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Kemelut dalaman Pas timbul pada 2009 apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, UMNO atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini. - Bernama

1 ulasan:

Awanama berkata...

Diharap anggapan TGNA ni tak benar.Kalau pun ada perpecahan ianya bermula selepas Muktamar diShah Alam masa mana pihak UG memikirkan "winner take all" boleh membawa Pas tidur sebantal dengan UMNO.Perancangan ni gaggal sebab ahli-ahli PAS tidak dapat menerima kumpulan UG ini.Hakikatnya tak ada perpecahan dalam PAS cuma ahli-ahli PAS disemua peringkat mahukan Geng UG ni dikeluarkan dari PAS,sebaik-baiknya secara rundingan agar mereka keluar dengan cara terhormat.Seperti menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus dan tepung jangan terburai.Lagi cepat hal ini dapaqt diselesaikan,lagi baik kerana PRU ke13 tak jauh lagi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....