Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Julai 2010

Media ada agenda tersembunyi-Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar  memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk ‘Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.’

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

“Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.


”Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut ’Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

”Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti,” laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

”Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

”Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan,” katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai.
”Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

”Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi,” katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....