Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 31 Disember 2009

Pahang cari masa sesuai laksana hukuman sebatan Kartika


PETALING JAYA, Dis 31 — Jabatan Kehakiman Syariah Pahang masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, model sambilan yang dihukum denda dan enam sebatan berhubung kesalahan meminum arak tahun lalu.

Jurucakap jabatan itu yang dihubungi The Malaysian Insider juga menafikan pihaknya berhadapan dengan tekanan sehingga menyebakan kelewatan melaksanakan hukuman ke atas Kartika.

Sebaliknya jurucakap itu menambah Jabatan Kehakiman Syariah Pahang sudah bersedia dan hanya menanti "masa yang sesuai" untuk melaksanakan hukuman sebatan.

"Sebenarnya jabatan menunggu masa yang sesuai," kata beliau.

Ketika dihubungi kelmarin keluarga Kartika menyerahkan kepada pihak berkuasa dalam menentukan tarikh untuk melaksanakan hukuman.

Bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib berkata, pihaknya belum menerima apa-apa makluman daripada pihak berkuasa sehingga kini.

Laporan media akhir Ogos lalu menyebut hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang, Selangor tetapi ditangguhkan setelah mendapat arahan Ketua Hakim Syarie Pahang demi menghormati bulan Ramadan Ogos-September lalu.

Pada Sept lalu Kartika memberitahu bahawa beliau reda dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik pernah berkata hukuman sebat terhadap model sambilan itu ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.

Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Mengulas isu ini, jurucakap Jabatan Kehakiman Syariah Pahang itu menambah beliau akan berhubung dengan pihak-pihak yang terbabit dalam melaksanakan hukuman sebatan apabila mendapat "lampu hijau" daripada Ketua Hakim Syarie.

"Apabila Ketua Hakim Syarie menentukan masa yang sesuai, mungkin beliau ada pertimbangan sendiri dalam menentukan tarikh yang sesuai.

"Sebaik saya dimaklumkan, kami akan berhubung dengan pihak pendakwa dan Jabatan Penjara untuk mengambil tindakan susulan," katanya.

Hukuman sebatan telah ditetapkan untuk dilaksanakan di Penjara Kajang.

"Pihak Penjara Kajang pun sudah menjalankan persediaan di pihak untuk melaksanakan hukuman. Saya pun sudah melawat keadaan di Penjara Kajang... jadi kami menunggu masa yang sesuai sahaja," katanya.

"Saya juga akan membincangkan aspek ini dengan Ketua Hakim Syarie pertengahan bulan depan," katanya.

Jika keputusan mengenai tarikh dicapai, jurucakap itu memberitahu, pihaknya akan memaklumkan kepada peguam Kartika kira-kira sebulan lebih awal untuk membuat persiapan.

"Biasanya kita akan memberi tempoh sebulan sebelum hukuman dilaksanakan," katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....