Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 16 Mac 2014

Apa Yang Kita Tahu Dan Tidak Tahu Tentang Kehilangan Pesawat MH370


Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu selepas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.

Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan. Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.

Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.

Associated Press memetik pegawai yang enggan dinamakan dan terlibat dalam penyiasatan berkata, sabotaj bukan lagi teori, sebaliknya "konklusif". Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Ketika pendedahan terbaru Najib itu, berikut adalah perkaraapa yang kita tahu dan tidak mengenai Pesawat MH370, yang kini dikenali sebagai "misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku" sebelum ini.

Apa yang kita tidak tahu:

* Lokasi sebenar pesawat MH370. Ia hilang disekitar kawasan utara Selat Melaka selepas ping terakhirnya pada jam 8.11 pagi, 8 Mac 2014.

* Keadaan semua 227 penumpang dan 12 krew penerbangan.

* Pihak yang mengemudi MH370 selepas hilang daripada radar.

* Pihak yang mematikan talian komunikasi pesawar pada 1.07 pagi dan transponder pada 1.21 pagi, Sabtu lepas.

* Motif kehilangannya. Masih lagi menjadi teka-teki.

* Sama ada di utara atau selatan Selat Melaka.
Misi mencari dan menyelamat kini terarah ke kawasan utara koridor dari Thailand ke Kazakhtan/Turkmenistan dan selatan koridor dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Apa yang kita tahu:

* Pesawat tidak berada di Laut China Selatan. Misi pencarian dihentikan meskipun terdapat penemuan beberapa tompokan minyak, serpihan dan gelombang seismos.

* Sistemnya dimatikan dengan sengaja berasingan sebelum hilang.

* Pesawat tidak memasuki ruang udara Vietnam.

* MH370 mempunyai 7.5 jam baki bahan api pesawat bila hilang.

* Tidak terhempas ketika hilang.

* Mengubah haluan dan ketinggian

* Pesawat itu merentasi Semenanjung Malaysia di sempadan Thailand

* Kali terakhir komunikasi dengan sistem pesawat pada 8.11 pagi, Sabtu, hampir tujuh jam selepas hilang daripada radar.

* Terdapat dua warga Iran menggunakan pasport palsu dengan kerakyatan Itali dan Austria yang dicuri di Thailand sekitar dua tahun lalu.

* Seorang lelaki mempunyai pasport dengan nombor siri yang sama dengan seorang warga China di Fujian, China.

* Interpol berkata terdapat beberapa penumpang dengan pasport yang meragukan.

* Terdapat penulis kaligrafi China, pegawai kerajaan, pasangan bercuti, dua orang bayi dan 20 pekerja kilang elektronik Freescale dalam pesawat.

* Ia pesawat berkongsi kod China Southern Airlines. Dua lelaki menggunakan pasport palsu membeli tiket mereka bersama melalui ejen di Pattaya, Thailand sehari sebelum berlepas.

* Kehilangan pesawat membawa perhatian kepada lingkaran khusus mencuri dan menjual pasport curi di Thailand.

* Juruterbangnya berusia 53 tahun dengan 18,000 jam rekod penerbangan dan mempunyai simulator pesawat B777 di rumahnya. Kediamannya diserbu hari ini.

* Pembantu juruterbang berusia 27 tahun dengan rekod penerbangan 2,700 jam.

* Malaysia Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia selepas Qantas dan Singapura Airlines. Hanya dua insiden kemalangan direkodkan setakat ini, dengan salah satunya sabotaj.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....