Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 April 2014

Dr Wan Azizah angkat sumpah ADUN Kajang


SHAH ALAM 7 APRIL: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang di hadapan Speaker Hannah Yeoh dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-13, hari ini.

Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi di bangunan Dewan Negeri Selangor, disaksikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam persidangan itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK) Datuk Mohamed Khusin Munawi, ahli exco negeri dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional.

Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil berkenaan selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah menang dalam PRK tersebut apabila menewaskan calon daripada BN iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....