Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Mac 2013

Video : Penyanyi Thrash Metal Terkenal Sertai Pas

Tajul menyerahkan borang menyertai Pas kepada Hj Muhamad Sabu



KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal terkenal  tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu  menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13.KD

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...memang group ni aku minat suatu ketika dulu(zaman muda2 dulu)

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Sama macam ambo,bersama Cromok mereka antara pelopor muzik Thrash Metal di Malaysia.Ingat lagi lagu2 mereka dan Cromok antaranya Fredom That Gone,Aku Tak Peduli,Malaysia Maju,Misty,Metallurgical,Journey.he..he..

dahsokong umno berkata...

dah jelas sekarang PAS, parti artis se malaysia

ijoks2009 berkata...

Akupun suka lagu Malaysia maju kumpulan FTG dulu.Aku juga masih layan cromok sampai sekarang(sekali sekala) hehe

Quantum Metal Consultant berkata...

Dia ni menang hebat, peminat fanclubnya dah mencecah sejuta lebih, album di kedai susah nak dapat tapi kalau kat pasar malam, bersepah chip chip....

Jarang but persembahan di dalam negara, sebok di luar negara sepentas dng gangnam Dan lain2 penyanyi hebat, Adam lambat

Pas Sangat Sangat beruntung.....fuyo

Tanpa Nama berkata...

Mask le.xde sorang pun nak ikut mu,mu maanusia biasa je bukan luar biasa,amat setuju dgn dh sokong umno..........mudah2an pas akan dipimpin oleh artis yang xlaku!

Tanpa Nama berkata...

Pas boleh menang pru la..artis banyak pengaruh..tggu ja..

Unknown berkata...

bukan masalah artis tak laku... ftg underground.. berjuang melalui lagu bukan untuk kaut keuntungan.. jiwa memberontak lafazkan melalui lagu itu underground... fuck the goverment !

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....