Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 September 2012

Janji Demokrasi: Mat Sabu turut dikehendaki polis

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu turut dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan perhimpunan “Janji Demokrasi” yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulangtahun Kemerdekaan ke 55.

Menurut Tajuddin Jawwad, setiausaha politik kepada timbalan presiden PAS itu, polis datang kerumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) pada pukul 4.00 petang semalam.

“Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada dirumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.“Notis diserahkan oleh polis kepada isteri Mat Sabu yang meminta beliau untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Gabungan Janji disertai oleh 47 NGO yang menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka minggu lepas bagi menuntut kerajaan Malaysia bagi menunaikan segala janji-janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Semalam, polis telah memanggil saterawan negara, Datuk A Samad Said yang membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang Merdeka tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan Janji Demokrasi.

Menurut Empower dari sebuah email yang dikirimkan sebentar tadi, Maria akan bersama-sama dengan Pak Samad untuk melaporkan diri di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang hari ini dengan ditemani oleh peguam.

Timbalan presiden PAS pula akan ke IPD Dang Wangi pada 9 September ini pada sebelah petang.“Selepas gagal berjumpa Mat Sabu, inspektor dari Dang Wangi meminta nombor telefon beliau dari isterinya.

“Mereka dapat bercakap dan Mat Sabu minta untuk ke Dang Wangi pada 9 September ini,” kata Tajuddin lagi.

Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mohamad telah menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wang untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi.

Polis juga telah menahan Muhammad Ammar A. Rahman, seorang pelajar kolej swata kerana memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung.

Perhimpunan anjuran Gabungan Janji turut diserang oleh PM dan pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana terdapat beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan dikatakan sebagai bendera alternatif untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.ang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....