Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Oktober 2012

Kos Majlis Kahwin Anak Ali Rustam Dipersoal

 Sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR)
 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua kanan) bersama isteri Datin Seri Asmah Abd Rahman (kanan) menyambut para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan anak sulung lelaki mereka di Dewan Tun Ali, Bukit Katil

Perkahwinan “Malaysian Book Of Record” anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menimbulkan kontroversi apabila pemimpin  Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan sumber tajaan majlis besar-besaran tersebut.

Dalam laporan Bernama dua hari lalu, majlis tersebut telah berjaya mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew, yang dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam menggesa Mohd Ali menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.

“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya,” kata Chew.“Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.

“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

“Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan  majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian,” kata Chew.

 Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis  tersebut.
“Itu duit siapa?” tulis Nga.

Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang, turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk  makan sahaja adalah RM13 juta.

“Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja,” tulis Lim dalam Twitter.

Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Lim ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja  Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali, yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.

“Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu,” tulis Akbar yang  membalas semula tuduhan Lim dalam Twitter. “Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit.”

Walaubagaimanapun wartawan The Malaysian Insider masih gagal menghubungi Mohd Ali Rustam dan menurut setiausaha akhbarnya beliau ketika ini berada di Kuching bagi  menghadiri satu majlis disana.

Majlis perkahwinan tersebut melibatkan anak lelakinya iaitu Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri  Datuk Abu Seman Yusop, dan bekas ketua menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....