Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Oktober 2012

Jom PGU5.0 - Pelbagai Acara Menanti Anda



SETIU - Pelbagai acara di aturkan bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang akan berlangsung selama dua hari di Pekan Jabi, dalam Parlimen Setiu pada 5 & 6 Oktober ini. 


Kebajikan dan Perubatan

Menurut Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah (Gambar kanan 2) , PGU adalah satu medan bagi Parti seperti PAS untuk meningkatkan daya juang mereka dalam menjuarai kebajikan kepada rakyat.

Beliau bekata atas dasar itu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan terengganu terpanggil untuk turut serta memberi sumbangan.

"Sumbangan terbesar yang akan Amal berikan adalah sumbangan kepada anak anak yatim dan miskin. Amal terengganu telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 50 hamper dengan nilaian RM50 setiap hamper,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata Majlis sumbangan tersebut akan di adakan pada Jumaat 6 Oktober pada jam 10 pagi di tapak PGU5.0.

Selain dari itu, katanya, para pegawai perubatan juga akan turut serta dalam program kedua iaitu Khidmat Kesihatan percuma yang bergerak ke beberapa kampung dalam Dewan Undanga Negeri (DUN) Jabi.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim mengesahkan, pada hari Jumaat 5 Oktober, sebanyak 4 pasukan perubatan dari Yayasan Amal dengan berkenderaan pacuan empat roda (4x4).

"Empat pasukan 'team perubatan' Yayasan Amal akan melawat dari rumah ke rumah, menjelajah segenap pelusuk Dun Jabi untuk (memberikan) rawatan kesihatan (kepada) penduduk (secara percuma),
"kita mensasarkan, satu 'team perubatan' akan menziarahi sekitar 20 buah rumah di Unit-unit Peti Undi yang telah di tentukan tanpa mengambil kira fahaman politik......bermakna hampir 80 buah rumah akan dikunjungi..,"ujarnya.

Selain itu, menurutnya, khidmat perubatan percuma akan di adakan sepanjang masa berlangsung PGU di khemah yang dikaskan di tapak PGU bermula pagi sabtu sehingga selesai program.

Katanya, turut disediakan adalah khidmat perubatan alternatif, as-syifa'.

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Haji Hussin Ismail mengesahkan satu pasukan dari Lujnah tersebut akan memberi sumbangan tenaga dan bahan untuk memperbaiki sebuah rumah rakyat yang dhaif di Kampung Gong Ubi Keling.

Program pembaikan rumah itu aka bermula pada jam 8 pagi hari Kumaat 6 Oktober (Gambar atasi - rumah dhaif yang di perbaiki)


 Konvoi Pacuan Empat Roda

Ketibaan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sempena program PGU5.0 akan diiringi dengan konvoi puluhan kenderaan pacuan empat roda (4x4).

Jurucakap Konvoi tersebut, Wan Mohd Adib ketika dihubungi berkata, mesyuarat telah memutuskan peserta pacuan empat roda dari 7 kawasan parlimen seluruh negeri Terengganu akan bergerak dari kawasan masing-masing pada pagi 6 Oktober.

"Minima (paling kurang) 10 kenderaan bagi setiap kawasan (parlimen).  Bagi pasukan dari parlimen Kemaman dan  Dungun akan bergabung di kawasan rumah tol Bukit Besi dan kemudian menuju ke kawasan tol Ajil untuk  bergabung dengan pasukan dari parlimen Hulu Terengganu dan  terus ke simpang Gemuruh,

"Digemuruh, pasukan Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menanti (d situ) pada anggaran jam 1030hrs (10.30 pagi) mula bergabung seluruh 7 pasukan bagi 7 kawasan Parlimen dan menuju masjid Kampung Anak Ikan,"jelanya.
Konvoi tersebut akan berkumpul di kawasan lapang hadapan massjid Kampung Anak Ikan sekitar jam 12.30 tengah hari menunggu kedatangan Presiden PAS da mengiringinya ke tapak PGU5.0


Konvoi Bermotosikal 

Sementara itu, ribuan peserta konvoi bermotosikal akan memulakan perarakan menyambut ketibaan dan mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke tapak PGU5.0.

Konvoi yang di akan di selenggarakan oleh Alternative Riding Club (ARC) akan berhimpun di Dataran Ketara, Besut, kira-kira 7 kilometer dari pekan Jabi.

Mereka akan bersiap sedia menyambut Tok Guru Nik Aziz yang diiringi oleh pasukan polis traffic Polid diRaja Malaysia bermula dari sempadan Teregganu Kelantan di Bukit Yong.
Menurut Pengarah Persiapan, Dr Azman Ibrahim perundingan dengan pihak PDRM telah dipersetujui supaya konvoi ribuan motosikal mengiringi Mursyidul Am PAS itu di mulakan di Dataran Ketara (gambar kanan bawah) , tidak dar sempada negeri sebagaimana cadangan asal.

"Dataran ketara adalah kawasan lapang paling hampir dengan bandar Jerteh, perubahan tempat bermula konvoi telah dimaklumkan kepada pimpinan dan Mereka cukup bersetuju...,"

"Perakan kita pula (bermula) tengah hari, bukan (pada waktu) pagi seperti biasa. Hari Sabtu adalah hari sibuk ( trafiic jam) di Jerteh. Ada 3 trafik light (lampu isyarat) perlu dilalui..... Bayangkan berapa lama orang ramai perlu dihentikan pergerakan mereka kalau konvoi (motosikal) yang berarak tu (dalam) lingkungan 4,000 buah...,"katanya.

Beliau menambah, perbincangan perlu ada tolak ansur dan pihak polis sudah berjanji memberikan sepenuh kerjasama termasuk 'escort traffic' untuk Tok Guru Nik Aziz dari sempadan Kelantan lagi.

Katanya, Konvoi ribuan motosikal PAS yang akan mengiringi Mursyidul AM itu juga akan dikawal rapi polis trafik.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....