Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 Oktober 2012

100 ahli PBS di Parlimen Keningau sertai PKR

KENINGAU 14 Okt: Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN, semalam.

Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.

Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.

Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan.

“Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah.

Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong.

Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....