Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 1 April 2015

Sejarah Pas Dan Kumpulan Serpihannya

     Parti serpihan Pas

    Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor dgn sedikit tambahan oleh Tinta Hijau DKB

    1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.

    2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.

    3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.

    4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.

    5) Tahun 1955, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.

    6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.

    7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.

    8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.

    9) Tahun 1974: Wujud satu perikatan Bebas Bersatu di Kelantan yang diketuai oleh Ahmad Fakharudin yg menentang keputusan Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974.

    10) Penyokong Pas di luar Kelantan yg menentang kerjasama  tersebut mengambil keputusan menyertai Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) yg di ketuai oleh Hashim Gera. Hashim Gera adalah ahli parlimen Pas Parit 1969

     11) Perikatan Bebas Bersatu kemudiannya menyertai pilihanraya umum terutama di Kelantan manakala KITA memfokuskan kerusi di luar Kelantan utk menentang BN namun semuanya tewas.

    12) Tahun 1977: PAS ditendang daripada BN akibat krisis MB Kelantan.

    13) Tahun 1978: Akibat penubuhan BERJASA, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Kelantan pada PRU ketika itu.

    14) Ulamak berijtimak di Pondok Pasir Tumbuh selepas itu dan membuat resolusi bahawa PAS perlu dipimpin oleh ulamak.

    15) Para ulamak di dalam PAS selepas itu mengerakkan gerakan ta'lim, memberi ilmu dan kesedaran kepada ahli PAS selepas itu.

    16) Tuan Guru Nik Aziz mengambil alih menjadi Pesuruhjaya Kelantan menjadikan hari Jumaat sebagai hari Ilmu. Begitu juga di beberapa buah tempat di seluruh negara.

    17) Tahun 1978, Dr Nasir mengumpulkan anak-anak muda di dalam ABIM agar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

    18) Tahun 1982, Dewan Pemuda mengadakan muktamar berasingan di Pulau Pinang manakala Muktamar Pusat diadakan di KL.

    19) Usul pemuda adalah menubuhkan gagasan Kepimpinan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

    20) Tahun 1983, ditubuhkan HAMIM oleh Dato' Asri Muda akibat kecewa dengan PAS.

    21) Tahun 1985, ditubuhkan Madrasah Darul Quran untuk dijadikan pusat tajnid perjuangan.

    22) Tahun 1987, UMNO berpecah kepada team A dan team B.

    23) Tahun 1989, PAS menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bertahaluf dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.

    24) Tahun 1990, hilang serpihan PAS iaitu PAS (51)@ISLAH yang tidak puas hati dengan ijtihad PAS sebelum ini.

    25) AKIM ditubuhkan pada 1995 di Pasir Puteh, Kelantan oleh bekas YDP Pas Pasir Puteh, arwah Cikgu Musa Salleh.Parti ini pernah bertanding beberapa kerusi di Kelantan.

    26) Tahun 1998, DSAI dipecat dari UMNO dan PAS menggerakkan GERAK membela DSAI.

    27) Tahun 1999, PAS menang 98 DUN diseluruh negara dan merampas Terengganu.

    28) Tahun 2008, berlaku tsunami politik di negara Malaysia dan PAS mendapat sokongan non muslimin.

    29) Tahun 2012, PAS dalam era Pakatan Rakyat, wujud serpihan PAS iaitu Jati yang ditubuhkan oleh Hasan Ali.

    30) Tahun 2014, wujud pula kumpulan serpihan yang tidak puas hati dengan sesetengah pimpinan PAS iaitu PASMA.

    31) Melihat kepada rentetan sejarah, kumpulan serpihan PAS tidak pernah kekal. Apa yang pasti PAS terus maju memacu ummah...

10 ulasan:

cucu mamak kutty berkata...

kali ni pas aku pasti akan melingkup,pimpinan pas kali ni dah termakan racun umno,pemim[pin pas dulu cerdik2,tak macam pemimpin pas sekarang jenis dungu

nurin jazlina berkata...

Kalutlh hang ni...orang duk kalut barang mahal pasal hang duk kalut bergaduh & berebut kuasa....apa ni....?

Tanpa Nama berkata...

Bole pakai ke otak dr. Riduan ni. Phd apa? Msia ada beribu dr. Phd. Dia sokong totok hadi awang. Sendiri no karisma. Kah kah

Tanpa Nama berkata...

Boleh pakai ke,tak boleh pakai ke itulah faktanya...

Tanpa Nama berkata...

Dia ada phd pngajian islam, hang habuk pun xda. Lagi nk bising

IrWrWs berkata...

ngkorang x boleh marah org lain nk sokong TGHH mcm jgk org lain x leh marah ngkorang nk sokong pasma..

Cuba bersikap terbuka sikit.. jgn paksa pas jd lembu mcm pasma yg kena tarik idung oleh dap pkr..

IrWrWs berkata...

ngkorang x boleh marah org lain nk sokong TGHH mcm jgk org lain x leh marah ngkorang nk sokong pasma..

Cuba bersikap terbuka sikit.. jgn paksa pas jd lembu mcm pasma yg kena tarik idung oleh dap pkr..

Tanpa Nama berkata...

Inilah penjilat tegar hadi awe
Wala tahap gilo babi doh puok2 ni ko hadi awe
Sampai kato hadi awe maksum
Gilo doh puok2 ni weii...

Unknown berkata...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

Unknown berkata...

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
( 085-210-001-377 )
atau Atau klik disini
Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....