Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Ogos 2012

Perbandingan Harga Kereta Di Malaysia Dan US


Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun.

Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.


Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan di Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi?

Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.

Rakan kami berkata lagi, beza antara negara membangun dengan negara maju mungkin begitu. Negara maju mahu membantu dan meringankan beban rakyat. Negara membangun pula menindih rakyat untuk menjadikan negara sebuah negara maju.

Dari gambar tu, tahu kenapa harga kereta melambung macam tu sekali? Adakah kerana kewujudan Proton di Malaysia? Iyalah, siapa mahu beli Proton Persona kalau dah boleh dapat Camry sebiji dengan harga yang sama kan? Mohon pencerahan.

Apa kata anda sebagai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kita bincang... kita bincang...

Pssst! Buka mata, buka hati. Ini bukan soal politik, tapi ini soal kehidupan dan masa depan anak cucu kita nanti. Tidak kiralah siapa pun yang memerintah Malaysia, berikanlah masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang.

Ini belum cerita soal harga tanah lagi. Fuh! Berfikirlah panjang lagi dengan lebih terbuka. Jangan sempitkan otak sikit-sikit politik, sikit-sikit politik. Heh!-oh media

Artikel berkaitan DISINI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....