Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 30 Ogos 2012

Video & Gambar : 13 tahun Penduduk Di Hulu Besut Menderita Hadapi Masalah Bekalan Air

Pengerusi MTD PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar menyerahkan air bersih kepada penduduk terlibat
Mat Daud Mohd, 45
, Siti Aisyah bt Mohd, 70
Mokhtar Said, 46


BESUT
– Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar telah melancarkan kempen membekalkan air bersih kepada penduduk yang menghadapi masalah bekalan air bersih di kampong Bukit Belah, Keruak Hulu Besut, dekat sini.

Kempen tersebut bermula sejak hari terakhir Ramadhan baru-baru ini apabila menerima aduan tujuh keluarga di kampong terbabit yang telah keputusan air bersih.

Menurutnya, disamping membantu mengurangkan kesukaran penduduk kampung terbabit, tindakan itu diharap dapat menekan pihak kerajaan negeri dan pengendali bekalan, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. Mengambil tindakan drastik menyelesaikan masalah itu.

Namun sebaliknya, sejak 1 Syawal, ‘malapetaka’ bekalan air bersih tersebut telah ‘merebak’ kepada seratus buah rumah sekitar kawasan penempatan Felcra di kawasan berdekatan.

“Petang tadi saya pergi sekali lagi untuk membuat tinjauan, nak tengok (perkembangan) selepas kita beri ( air pada akhir Ramadhan) dia ‘gege’ dan selesaikan masalah itu, tapi dia (penduduk) beritahu bukan (sahaja tidak) selesai,

“(pada) hari raya, dua buah rumah di Felcra buat kenduri terpaksa angkut air dengan lori untuk memasak dan membasuh pinggan kerana tidak air, hari ini seratus buah rumah di Felcra itu masih lagi tak ada air, cuba kita bayangkan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa di belakang Masjid Jerteh, pada Isnin malam 27 Ogos.

Oleh tu, beliau menyeru kepada seluruh hadirin agar mengadakan lawatan sambil membawa bekalan air bersih untuk diagihkan kepada penduduk yang terbabit dengan masalah bekalan air tersebut.

“Saya mahu maklumat ini disebarkan, kalau tak percaya pergilah ke Keruak (kampung) Bukit Belah tidak ada bekalan air sejak hari raya sehingga petang tadi,

“bawa air kalau nak pergi, yang ada van (atau) kereta bubuh air dalam bekas tolong pergi agihkan air, kesian sungguh orang di (kampong) itu,”katanya.

Bekalan Air Tidak Menentu Sejak 13 Tahun lalu.

Buletinonline telah menemui beberapa penduduk kampung tersebut pada hari yang sama, bagi mendapatkan maklumat sebenarnya masalah yang berlaku.

Mokhtar Said, 46,mengesahkan masalah ketiadaan air langsung, yang dihadapi oleh penduduk kampung itu sejak sebulan yang lalu.

“paip ada masalah, tak tahu di mana, tak tentu (tak tahu) bila (boleh selesai), tak ada air langsung, pergilah buka (paip) tengok, (masalah ini berlaku sebelum dari bulan puasa lagi,
“macam ni lah waktu biasa (sebelum bulan puasa) pukul 3 atau 4 pagi baru ada air, lagu tu sokmo (macam tu berterusan),”katanya.

Jiran beliau, Mat Daud Mohd, 45,menambah bukan sahaja bekalan air tidak ada pada waktu siang, bahkan sepanjang bulan Ramadhan lalu, hanya empat malam sahaja bekalan air dapat dikecapi oleh penduduk.

“Memang air tak ada, pagi hari memang tak ada ………malam baru ada, kemudian pada bulan puasa baru ni empat kali (malam) sahaja yang ada air,”tegasnya.

Katanya, sudah lama beliau tidak menghubungi pihak SATU kerana beliau sudah berputus asa ekoran tidak ada tindakan yang berkesan diambil pihak terbabit.

Menurutnya, selama 13 tahun menghadapi masalah terbabit, bekalan air yang didapati pada jam 3 atau 4 pagi itu pun, bukanlah secara tetap pada setiap hari.

“lama dah saya tak tak telefon (pihak SATU), dulu selalu telefon (tapi) sekarang dah putus asa (sebab) bila kita teleefon (SATU) ambil tindakan sehari dua, lepas senyap semula,

“dalam sebulan bekalan air yang ada pada jam 3 atau 4 pagi (itu) bukan ada setiap hari, dalam sebulan bukan 14 atau 15 kali, kadang-kadang hanya 5 atau 6 kali sahaja sebulan,”jelasnya.

Seorang penduduk wanita warga emas , Siti Aisyah bt Mohd, 70,berkata beliau telah berpindah ke kampong terbabit dari kampong Pasir Akar sejak 20 tahun yang lalu.

Katanya, sejak itu beliau mendapat bekalan air bersih yang sempurna bagi keperluan seisi keluarganya.

“saya pindah sini dah lama sejak 20 tahun lalu berumah disini berkahwin di sini, dulu duduk di Kampung Pasir Akar,

“memang begitulah, pada siang hari sentiasa tidak ada air, pada malam hari ada sekejap sampai cerah, siang tak ada pula, siang tak boleh mandi lah,”ujarnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....