Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Februari 2012

Kumpulan Bersenjata Halang Ceramah PR Di N Sembilan

SHAH ALAM 6 FEB: Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.

Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau.

"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.

"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN.

"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.

Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.

Ekoran insiden itu, pihaknya sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kuala Sawah Rantau selepas itu.

Katanya, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, disebabkan itu juga ceramah PR yang melibatkan beberapa pemimpin termasuk ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard terpaksa dipindahkan ke Taman Pnggiran, Senawang.TVS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat apa lapor pd polis, lain kali tak payah lapor buat pengabih beras dan buang masa aje. kena jerkah ketua cawangan umno saja pun polis dah kecut telor.

Tanpa Nama berkata...

orang nogori mang bodoheh den duluhan dok lamo mano ado sekolah agamo rakyat kat ampangan samoeh tompek lain dalam nogori nasib baik ado haji ahmad imam mesjid jolobu yang ngajar jadi mano yang buto buto juga laa yang sampai soru tu ado macam tuan tulis kat sri menanti

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....