Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Januari 2012

Road Show Hasan Ali : Ulasan Menarik Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas tidak bimbang dengan cadangan jelajah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota Pas dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota Pas," kata Nik Abdul

Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari Pas.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amboiii, kenyataan Nik Azis tu seolah-2 Dr Hassan telah lepas bebas macam keluar dari islam. ingatlah sesiapapun tidak begitu bebas bercakap dan mengata sesuatu kerana ianya masih berada diruang lingkup agama islam. Islam melarang untuk umatnya mengatakan sesuatu yang bukan hak.
umpama yang nik azis ni buat ialah Dr Hassan kini dipencilkan dari PAS, pihak PAS tak akan menghiraukan segala dakwaan Hassan. Kalau terlalu menjolok mata, maka PAS akan dakwa itu berasal dari UMNO, maka penyokong akan menolak secara total. Ingatlah... tak semua yang boleh kita tolak begitu sahaja, kifarah dari Allah akan datang.... bolehkah kita tolak semudah itu? Kalaulah perjuangan PAS diredai... maka PAS tak akan terpesong sehingga sebegini jauh, tidak dimalukan didlm rumah sendiri (isu exco s'gor)... renungkanlah.

Albana berkata...

Nak komen pun x berani letak nama, Hasan Ali tu terlampau cerdik x sesuai Duk Dalam Jemaah PAS he he

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....