Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Januari 2012

Exco Baru : Sidang Media MB Selangor Selepas Perlantikan YB Ahmad Yunus

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.

"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....