Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 Januari 2011

Tarikh PRU13 Bakal Terjawab Esok?

SHAH ALAM 7 JAN : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan petunjuk kuat berhubung Pilihan Raya Umum mengejut dengan mengesahkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional, esok.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.
"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.
"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib menjawab.

"Semuanya telah digerakkan bagi Pilihan Raya Umum kerana kita mahu dipilih semula," katanya."Kita mahu berkhidmat dan biar rakyat tentukan," katanya lagi.

Mesyuarat secara tertutup itu akan diadakan dengan kesemua 137 Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional dalam pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut sumber, kesemua Ahli Parlimen Umno-BN akan diberikan lima minit untuk memaklumkan Najib yang juga pengerusi BN mengenai isu mengenai kawasan masing-masing serta janji-janji pilihanraya yang belum lagi dilaksanakan dan isu yang melibatkan parti pembangkang.

Mesyuarat itu diadakan di tengah-tengah spekulasi panas Najib akan memanggil pilihanraya mengejut tahun ini, dua tahun sebelum penggal sebenar berakhir.

Mesyuarat yang akan diadakan esok, pada awalnya dirancang di kediaman Perdana Menteri, tetapi pada saat-saat akhir, dipindahkan ke PWTC daripada pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. Ia pertemuan pertama seumpama itu sejak Najib menjadi perdana menteri April 2009.
BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Penasihat-penasihat Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempata pada suku ketiga.
Najib, perdana menteri keenam, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini.
Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.
Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran Najib.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, dua minggu lalu mengadakan konvensyen kedua mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menerima Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari.
Seminggu sebelum itu BN telah mengadakan konvensyen mereka, yang memfokus usaha ke arah persiapan pilihan raya umum.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....