Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Februari 2011

Tok Guru Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Dun Merlimau

JASIN, 10 Feb: Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri.

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau jam 11.00 pagi.

Katanya, Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.

Tambahnya, pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim Kit Siang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Hj Ibrahim Abdullah," tambahnya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau, pagi ini.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac ini.Hrkh

1 ulasan:

pemerhativetran berkata...

Kehadiran 3 pemimpin ini akan memarakkan mood petugas dan pengundi diMerlimau.Sallahuddin Ayub sebagai Pengarah Operasi mesti pastikan tak ada tangan-tangan dan mulut-mulut gatal dari Pusat yang akan merosakkan mood ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....