Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Februari 2011

Debat : Cabaran Pemuda Pas Tiada Jawapan

KUALA TERENGGANU – Debat antara PAS dan UMNO bukan satu isu baru kerana ia pernah beberapa kali dicadangkan sebelum ini, demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Beliau berkata, saranan debat melibatkan dua parti besar itu mendapat sokongan banyak pihak, namun beliau kesal apabila ianya tidak pernah menjadi kenyataan susulan kekangan tertentu.

“Sebagai contoh, Pemuda PAS sendiri sebelum ini pernah mencabar Pemuda UMNO berdebat, tapi sehingga kini ia tidak dapat direalisasikan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Berdasarkan pengalaman itu katanya, beliau tidak yakin debat antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu itu tetap menyokong tindakan Nik Abdul Aziz menyahut cabaran Mohd Noor untuk berdebat secara terbuka kerana mampu membersihkan nama beliau.

“Pemuda PAS sokong Tok Guru sahut cabaran berdebat itu, kita mahu lihat sejauh mana kesungguhan pihak yang mencabar, dan ia memberi peluang kepada beliau menjawab segala tuduhan dilemparkan kepadanya.

“Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang penting adalah kita ingin cari kebenaran dan pihak mana salah, dia kena muhasabah diri,” katanya.

Sekiranya debat antara dua tokoh besar itu menjadi kenyataan, Ustaz Azman mahu ia diadakan secara terbuka bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

“Buat secara terbuka supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS ni tak ada lain kerja asyik nak berdebad dan suruh orang berdebat aje.Macamlah handal sangat.Kerja-kerja persediaan PRU ke13 diabaikan dan tidak diambil berat.Muktamar yang lalu diPUTIK telah bersetuju mensasarkan 63 kerusi Parlimen untuk ditandingi PAS pada PRU ke13 dan pengumuman pun sudah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS.Kerja masih belum berjalan,tak ada sebarang habuk pun dirancangkan.Macam ibu ayam yang kuat berketak keliling kampung tapi tidak mengeramkan telor.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....