Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Januari 2011

Kontroversi PKR Padang Serai



GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang sebelum ini mengkritik kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali lagi mencetuskan kontroversi melibatkan PKR Padang Serai yang diketuainya.
Ini kerana Gobalakrishnan dan Naib Pengerusinya, Johari Ismail masing-masing mendakwa telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa pada masa sama.
Sambil mendakwa Gobalakrishnan berbohong, Johari berkata, dia telah bermesyuarat dengan 15 ahli jawatankuasa lain bagi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Gobalakrishnan.
Namun, Gobalakrishnan mendakwa Johari tidak mempunyai korum secukupnya untuk mengadakan mesyuarat memandangkan beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa lain pada masa sama.
"Secara keseluruhannya, terdapat 15 ahli jawatankuasa yang dipilih dan lima pula dilantik selain pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua penerangan," kata Gobalakrishnan.
"Bagaimana 16 ahli jawatankuasa boleh bermesyuarat di sebuah hotel di Lunas dari 5 petang hingga 6.30 petang ketika saya mengadakan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa di pejabat bahagian di Padang Serai pada masa sama," soalnya lagi.
Sementara itu, apabila diberitahu apa yang telah dikatakan Gobalakrishnan, Johari mendakwa Ahli Parlimen Padang Serai itu berbohong.

Menurut Johari, selain ahli jawatankuasa, kira-kira 150 ahli termasuk anggota Majlis Perbandaran dan pemimpin komuniti menghadiri mesyuarat tersebut di Lunas.
Katanya, ahli jawatankuasa akan memaklumkan kepada pengerusi parti negeri dan setiausaha agung mengenai meyuarat itu dan tindakan susulan untuk mengadakan EGM dalam tempoh dua minggu.
Johari menambah, pihaknya juga akan mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan seramai 4,000 ahli tidak menyokong atau bersetuju dengan tindakan Gobalakrishnan.
"Apa saja yang dilakukannya (Gobalakrishnan) kini adalah untuk agenda peribadi dan tidak melibatkan parti bahagian," katanya yang menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Johari berkata mereka yang menghadiri mesyuarat itu turut menasihati Gobalakrishnan bahawa beliau sepatutnya meletakkan jawatan daripada parti itu sekiranya beliau tidak patuh kepada polisi atau kepimpinan Anwar.
"Itu antara tindakan logik untuk dilakukan dalam mana-mana organisasi," kata Johari.
Terdahulu, Gobalakrishnan mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu beberapa pemimpin cuba menyingkirkannya daripada parti itu.Mstar

1 ulasan:

Martoiriat berkata...

Memang Gobala harus dipecat dari PKR. Mengaku pemimpin PKR, tapi sentiasa membuat statement yang negatif terhadap PKR, dimana boleh menghancurkan PKR serta melemahkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Justeru itu, pucuk pimpinan harus mengambil tindakan segera terhadap beliau sebelum keadaan bertambah rumit.
Setelah tewas dalam pemilihan, banyak kenyataannya mengbelangkangi parti dan memburukkan pucuk pimpinan. Jika beliau terus dikekalkan, akan memburukkan lagi keadaan. Begitulah pemimpin yang tidak berprinsip yang pentingan diri sendiri.. pecat beliau, habis cerita. Banyak lagi pemimpin muda yang berpotensi yang mampu membawa imej terbaik dalam perjuangan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....