Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Januari 2011

Bekas Naib Presiden PKR Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu.
Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini.
“Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau.
“Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas.
Beliau tidak bertanding pada pemilihan pusat PKR yang baru berlalu.
Sumber mengatakan beliau sudah pun memaklumkan presiden dan setiausaha agung PKR mengenai keputusannya.
Pertengahan bulan lalu beliau mengumumkan penubuhan UBF sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Katanya, agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.
Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau menerima apa-apa maklumat mengenai keputusan pemimpin Sabah itu.
“Saya tidak dengar apa-apa lagi, saya tidak terima apa-apa lagi,” kata beliau lagi.
Ramai meramalkan beliau akan keluar PKR bulan lalu ketika memanggil sidang media untuk mengumumkan barisan tersebut.

Pada Disember 2009, PKR telah memutuskan untuk menolak keputusan Kitingan yang mahu melepaskan jawatan naib presiden selepas dikatakan berselisih dengan kepimpinan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepimpinan parti memutuskan untuk tidak menerima keputusan beliau meletakkan jawatan peringkat pusat bersama Timbalan Ketua Wanita PKR Sabah Christina Liew.
Kitingan, kini ketua PKR Pensiangan sebelum ini pernah dikatakan mahu menubuhkan parti baru tetapi beliau menafikan perkembangan tersebut.
Kira-kira setahun kemudian, pada Ogos lalu menjelang pemilihan peringkat cabang (bahagian), ibu pejabat PKR menggantung keahlian 12 anggota selama setahun selepas mereka didakwa cuba menubuhkan sebuah parti politik baru - Parti Cinta Sabah (PCS).
Ketika itu, Saifuddin berkata, siasatan Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku pelanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung.
Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.
Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftar PCS pada Disember 2009 selepas Kitingan mengancam untuk meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan ‘campur tangan’ pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah.
Ekoran protes Kitingan keputusan itu dan rayuan, PKR telah mengkaji semula dan mengambil keputusan untuk memaafkan sembilan daripada 12 pemimpin terbabit manakala hukuman ke atas tiga yang lain dikekalkan iaitu Jambun, Awang dan Iking.TMI

1 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Susah kalau semua Pemimpin nak jadi ketua, inilah jadi nya, tak adalah jadi pengikut, tapi apa apa pun bagus keluar secara terhormat, dari melumpat macam KATAK.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....