Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Januari 2011

Keluarga Beng Hock Akan Cabar Keputusan Mahkamah Koroner

Ibu mendiang Teoh Beng Hock, Teng Shuw Hor dan adik kepada Teoh, Lee Lan meninggalkan pekarangan mahkamah setelah mendengar keputusan Mahkamah Koroner di sini pada Rabu, yang membuat keputusan terbuka berhubung punca kematian mendiang. - Foto THE STAR

SHAH ALAM: Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Beng Hock menasihatkan anak guam mereka untuk memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu yang memberikan keputusan terbuka dalam prosiding inkues siasatan kematian mendiang.
Karpal Singh berkata, permohonan semakan itu akan difailkan dengan kadar segera yang mungkin bagi membolehkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyemak keputusan yang disifatkannya sebagai ‘mengecewakan rakyat’.
“Koroner (Azmil Muntapha Abas) tidak sepatutnya memberikan keputusan terbuka. Ia seharusnya diputuskan sebagai bunuh,” katanya semasa ditemui di luar mahkamah.
Gobind Singh Deo pula berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab dengan kecederaan yang dialami mendiang sebelum dia jatuh daripada pejabat badan bebas tersebut di tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini.
“Mahkamah memutuskan kecederaan di leher Teoh berlaku sebelum mendiang jatuh. Apa yang kita tahu, Teoh berada dalam keadaan sihat semasa datang ke pejabat SPRM.
“Kita semua juga tahu, dia tidak meninggalkan pejabat tersebut. Bagaimana dia boleh mendapat kecederaan di leher? Itu sesuatu yang perlu dijawab oleh SPRM,” tambahnya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan prosiding inkues juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut.

“Apa yang berlaku kepada Teoh telah menjejaskan kepercayaan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa tindakan yang wajar akan diambil.
“Keluarga mendiang nyata kecewa dengan keputusan ini. Perdana Menteri perlu mengotakan janji beliau dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat semula punca kematian Teoh,” katanya.
Sementara itu, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor pula berkata, beliau akan menunggu arahan daripada anak guamnya berhubung keputusan tersebut.Mstar

BERITA SEBELUM INI

Kes Teoh: Inkues putuskan 'open verdict'


SHAH ALAM, 5 Jan:
Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".
Azmil ketika membuat penghakiman terbuka tersebut berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan TBH.
Sebelum itu, suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock.
Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad.

Para petugas media dan orang ramai mula memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 1.45 petang tadi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....