Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Januari 2011

Adun Sri Muda sedia minta maaf pada Sultan Selangor



SHAH ALAM, 5 Jan — Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei(gambar kiri) bersedia memohon maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung dengan kenyataan dikeluarkan wakil rakyat PKR itu dalam blognya minggu lalu.
Pendirian itu dilahirkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja Azmizam Zaman Huri tengah hari ini.
Namun Azmizam berkata, pihaknya tetap mempertahankan kenyataan Shuhaimi kerana beliau tidak pernah mengugut Sultan Selangor dalam laman blog yang dikeluarkan pada 30 Disember lalu seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
“YB Shuhaimi bersedia minta maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung, kalau baginda panggil menghadap beliau (Shuhaimi) akan pergi.
“Kita menghormati pihak Istana, sebenarnya YB Shuhaimi tiada niat mengugut... beliau cuma menasihat.
“Cuma penasihat Sultan Selangor yang salah tafsir (kenyataan) dan beri nasihat kepada Sultan Selangor. Saya percaya Sultan Selangor adil cuma penasihat Baginda sahaja,” katanya pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Adun Sri Muda di Kota Kemuning di sini.
Menurut Azmizam, kenyataan Shuhaimi itu itu tidak ditujukan kepada Sultan Selangor, sebaliknya ia bertujuan untuk menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran sendiri atas peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.
“Dalam kenyataan beliau (Shuhaimi) bertarikh 30 Disember adalah jelas beliau telah menyatakan kesetiaan kepada dan mengakui kuasa eksekutif Sultan Selangor dan beliau tidak pertikaikan peranan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan.
“Beliau juga dengan tegas menafikan beliau ada berkata bahawa pelantikan jawatan SUK (Setiausaha Kerajaan) tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah kuasa MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan).
“Ini adalah manipulasi pihak Utusan (Malaysia) yang melaporkan dan memfitnah demikian,” kata beliau yang juga pegawai khas Shuhaimi dengan merujuk kepada laporan Utusan Malaysia sebelum ini.
Tambah Azmizam, dakwaan mengatakan Shuhaimi memberikan amaran kepada institusi diraja Selangor adalah jelas satu penipuan dan bertujuan menghasut.

“Beliau hanya mengingatkan semua pihak berkenaan sejarah yang melibatkan ketidakadilan, sepanjang catatan sejarah rakyat tegas menyebelahi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
“Beliau tidak mahu institusi beraja dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan demi tujuan politik mereka,” katanya.
Naib Ketua AMK pusat itu juga mencabar mana-mana pihak yang memanipulasi kenyataan Shuhaimi supaya membuat keputusan berhubung kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang menghina institusi diraja pada 1993.
“Kami ingin tegaskan jika terdapat pihak yang cuba menyelitkan unsur hasutan, penderhakaan dan jenayah dalam kenyataan YB Shuhaimi, maka kami menuntut dan mencabar pihak sama untuk membuat ketetapan berkenaan kenyataan Datuk Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat bertarikh 18 Januari 1993.
“Oleh itu, saya beri amaran kepada Datuk Ibrahim Ali supaya tidak cakap apa-apa dalam perkara ini. Beliau hanya bercakap saja tapi tiada apa-apa,” kata Azmizam sambil menambah akan membuat laporan polis terhadap Ibrahim dalam masa terdekat.
“Kami menegaskan akan mendedahkan lebih banyak kenyataan dan tindakan menghina raja yang dibuat oleh pemimpin dan ahli Umno-Barisan Nasional (BN) selama mana terdapat pihak-pihak yang menuduh dan memfitnah YB Shuhaimi sebagai penderhaka kepad raja.
“Pendedahan kenyataan Datuk Ibrahim Ali ini adalah permulaan, lebih banyak akan menyusul nanti,” kata Azmizam dengan menjelaskan kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia.
Semalam tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Shuhaimi yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.
Tiga laporan dibuat oleh Pemuda Umno, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan, Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Klang, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.
Istana Selangor pula menyifatkan tulisan Shuhaimi yang menyatakan Sultan Selangor seolah-seolah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” sebagai “sindiran” yang amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
“Berkenaan kenyataan “beraja di mata, bersultan di hati”, itu adalah peribahasa Melayu sejak zaman berzaman yang menggambarkan seseorang yang bertindak mengikut sesuka hati.
“YB Shuhaimi tidak menujukan kenyataan ini secara tepat kepada sesiapa pun,” kata Azmizam lagi.
Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa MMK dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, wakil rakyat itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”.
Shuhaimi berkata demikian dengan mengulas isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan minggu lalu.
Khusrin yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kelmarin.
Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor esok, tetapi majlis esok sekadar istiadat dan bukan sesuatu yang wajib di bawah perlembagaan negeri.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....