Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 13 April 2010

Ahli Parlimen BN diberi amaran keras

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional (BN) supaya tidak lagi mengganggu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran daripada DAP.

Katanya, beliau sudah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lalu.
Khamis lalu, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Ahli Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.
Namun, Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi tadi, Pandikar Amin berkata, bahawa ketika pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Ahli Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.


"Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak supaya Ahli Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata, beliau menerima surat daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan judi.
"Saya belum memanggil kedua-dua Ahli Parlimen terbabit untuk tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta kerjasama semua Ahli Parlimen supaya bila berhujah, kawallah sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....