Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 April 2010

Karpal Diarah Keluar Dewan, Tajuddin 'Selamat'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 10 hari kerana ingkar dan mempersoalkan keputusan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengerusi DAP itu diarah keluar Dewan kerana beliau berterusan melabel Pandikar Amin sebagai diktator ekoran keengganan Speaker itu mengkaji semula usul tergempar daripada Tian Chua (PKR-Batu) yang mendesak kerajaan membatalkan perjanjian dengan Syarikat Komunikasi Antarabangsa Apco Worldwide Sdn Bhd.
Kekecohan bermula apabila Karpal menuduh Speaker telah membelakangi kes-kes yang telah menjadi contoh yang dibuat oleh beliau sendiri apabila menolak permintaan Tian Chua untuk mempertimbang semula usul yang dikemukakannya bagi mendesak kerajaan membatalkan kontrak Apco atas alasan mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.
Usul itu ditolak oleh Speaker dalam kamar beliau.

Menjelaskan dakwaan itu Pandikar Amin berkata,:"Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, walaupun saya pernah putuskan kes untuk dijadikan contoh, saya juga boleh adakan kes lain untuk dijadikan contoh," katanya yang dibantah oleh Karpal.
Kedegilan Karpal itu membuat Pandikar Amin membuat keputusan mengarahkan beliau keluar Dewan.
Namun Karpal tidak berhenti di situ, apabila beliau terus mempertikaikan keputusan Speaker dan berterusan melabelkan Speaker sebagai diktator.
Selepas isu Karpal selesai, persidangan Dewan Rakyat panas kembali apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam, dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang yang bererti daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.
Selain itu, Lim berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Sehubungan itu, Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Berdasarkan hujah yang dikemukakan Lim, Pandikar Amin memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam, bagaimanapun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.
Ekoran itu, barisan pembangkang menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan.
Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....