Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rosmah,Isteri Perdana Menteri yang Berlagak Menteri

SHAH ALAM 15 Okt - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latarbelakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.


"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," jelas Zuraida kepada Suara Keadilan.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.
"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," tambah beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG telah mendapat kritikan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala tersebut.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini.SK

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah le lagak menteri , nak jadi first lady lagi, tah-tah berangan jadi ratu macam ratu elizebet.

Tanpa Nama berkata...

Sah Najib tak boleh "kawal" Big Mama.Dan sah PM Malaysia dewasa ni ialah Big Mama.Najib kalau datang keGalas,sila bawa Bendera Batik,bukan bendera UMNO.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....