Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kes Sosilawati : Dua Tertuduh Mengaku Salah,Di Penjara 7 Tahun

Suresh (kanan) dan Sarawanan selepas dikenakan hukuman penjara tujuh tahun kerana membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. — Gambar oleh Choo Choy May

BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.
Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.
Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.
Pada proseding mahkamah yang bermula pada pukul 11.15 pagi tadi, Sarawanan dan Suresh diwakili oleh peguam M. Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff dan dibantu oleh Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani.

Semasa prosiding tersebut, Hurman, pasukan pendakwaan dan pembelaan turut keluar sebentar daripada mahkamah untuk melihat salah satu eksihibit yang dibawa oleh pihak polis iaitu sebuah kenderaan Isuzu D-Max berwarna kelabu yang digunakan mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa untuk dibuang ke dalam Sungai Panchau.
Sementara itu dalam rayuannya, Puravelan memohon mahkamah mengambil kira faktor latar belakang dan kebolehan tertuduh apabila menjatuhkan hukuman.
“Kedua-dua tertuduh memohon maaf di atas kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.
Roslie berkata Sarawanan yang bekerja sebagai mekanik motosikal sebelum ini merupakan tempat keluarganya bergantung hidup dengan pendapatan RM800 sebulan bagi menyara bapanya yang sakit jantung dan ibunya seorang suri rumah.
Tertuduh yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik telah kematian abang dan dua lagi kakaknya telah berkahwin dan kini menetap di Ipoh, katanya.
Katanya beliau percaya Sarawanan tidak mempunyai kesalahan lampau dan pengakuan tertuduh perlu diambil kira kerana telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan serta perlu dipertimbangkan untuk hukuman yang lebih ringan.
Mohd Naguib pula berkata anak guamnya, Suresh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai pendapatan RM700 sebulan bagi menyara adiknya yang telah bertunang dan ibunya pula bekerja sebagai seorang tukang cuci dengan pendapatan RM800 sebulan.
Bapanya telah meninggal dunia dan ibunya memerlukan lebih RM300 bagi mendapatkan rawatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan alahan kepada ubat-ubatan, katanya.
Hurman menetapkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap kedua-dua suspek bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Empat pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka, namun Hurman memutuskan hukuman tersebut berjalan serentak.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.
Sarawanan dituduh membakar manakala Suresh pula membuang abu mayat keempat-empat mangsa.
Kedua-dua suspek merupakan pekerja kepada Patmanabhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....